Monday 8 December 2014

Kebebasan itu milik kita, kebebasan itu hak kita, hak kita sebagai Mahasiswa !



Ayuh sama-sama bersolidariti bertempat di Gazebo Universiti Malaya sebagai tanda sokongan padu anda untuk sahabat-sahabat yang dikenakan prosiding tatatertib dan salah seorang daripadanya ialah Presiden PMIUM sendiri saudara Khairol Najib Hashim. Tindakan menuntut kebebasan akademik mungkin menjadi puaka yang menggerunkan kepada pihak pentadbiran Universiti Malaya, namun tidak buat mahasiswa. Bukan mereka yang perlu dikenakan tatatertib tetapi pihak yang mencabuli kebebasan akademik inilah yang sepatutnyanberhadapan dengan prosiding ini. Kerana ini hak kita, hak mahasiswa!

Sahabat- sahabat mahasiswa-mahasiswi sekalian,

Prof Diraja Ungku Aziz pernah berpesan “ biarkan mahasiswa mencabar, disamping itu mereka belajar”.

Kenapa mereka perlu takut dengan desakan-desakan mahasiswa di atas nama “Kebebasan Akademik”? Sepatutnya mereka lebih takut melihat Universiti Malaya yang tersayang ini hanya mampu melahirkan graduan yang sedikit pun tidak mampu memberi hujah hujah dan idealisme untuk pembangunan modal insan akan datang.

Berdebat, berhujah di atas nama kebenaran, malahan berpidato sepatutnya menjadi darah daging bagi Mahasiswa untuk menuju anjakan paradigm nuansa. Mahasiswa bukan alat politik. Mereka dilatih untuk berfikir. Kerana itu AUKU ini hanya mampu dilihat sebagai satu projek mega untuk membataskan Mahasiswa-mahasiswa berfikir.

Sahabat- sahabat Mahasiswa-Mahasiswi sekalian,

“We want real change and real democracy” itu menjadi salah satu laungan retorik bagi pentadbir. Saban hari mereka bercerita tentang Politik putih tetapi aksi sebenar mereka jauh dari realiti. Oleh sebab itu kami sebagai Mahasiswa yang menjunjung idea intelektualisme amat menitikberatkan ideologi politik kami. Kami tidak sesekali akan membenarkan politikus politikus menggunakan Mahasiswa sebagai oportunis dalam meraih kuasa politik mereka. Pidato Anwar 40 tahun:Dari UM ke penjara itu tidak lebih dari kunci kepada penerobosan pintu “Kebebasan Akademik”.

Sekali lagi saya tegaskan, kami di peringkat PMIUMmenuntut perubahan dari segi autonomi Mahasiswa. Inilah yang akan kami perjuangkan.

Sobiroh Puzi
Timbalan Presiden PMIUM merangkap
Presiden Hewi PMIUM

~Inspirasi Bersama
~Mahasiswi Pencetus Kebangkitan Wanita


No comments:

Post a Comment