Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Friday, 13 February 2015

Hari Kasih Sayang itu bukan hanya tanggal 14 Februari



Nilai kasih sayang bukan hanya terletak pada sambutan 14 Februari sahaja, malah bukti kasih sayang boleh terbentuk bila-bila masa sahaja andai meletakkan cinta Allah paling tinggi dan mengasihi seluruh makhlukNYA.
________________________

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day
Rujuk:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

|| PMIUM INSPIRASI BERSAMA ||

Tuesday, 9 December 2014

UM8 Satu Perjuangan

Usai hukuman telah dijatuhkan kepada 8 orang Mahasiswa Universiti Malaya oleh pihak pentadbiran yang dikenali sebagai HEP. Antara hukuman yang paling berat yang dikenakan, Saudara Fahmi Zainol, bekas Presiden PMUM ses...i 2013/2014 digantung sebanyak 2 semester serta merta dan denda RM600. Manakala saudara Safwan Shamsuddin digantung satu semester dan denda sebanyak RM300. Kemudian, yang lain diberi amaran keras oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya serta denda RM150. Hukuman ini sangat berat dikenakan bagi mahasiswa yang mahukan perjuangan kebebasan akademik. Inilah perjuangan mahasiswa, terpaksa berhadapan dengan mehnah dan tribulasi.

Persis perjuangan tokoh besar Assyahid Sayyid Qutb. Sosok tubuh yang pernah dipenjara demi perjuangan dakwah Islamiyah serta meninta ilmu untuk mencerahkan pemikiran akal manusia semasa berhadapan dengan regim Mesir. Susuk tubuh ini juga sekali lagi dipenjara setelah bebas tidak sampai setahun setengah dan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Ini mehnah dantribulasi buat ikon Ikhwanul Muslimin.

Perjuangan merupakan satu usaha yang sungguh-sungguh demi mencapai objektifnya. Oleh itu, perjuangan juga bererti jihad. Rasulullah telah bersabda; "Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim." Inilah perjuangan Mahasiswa dalam mencapai objektifnya iaitu kebebasan akademik. Justeru, isu UM8 ini juga adalah satu perjuangan yang punyai mehnah dan tribulasinya tersendiri kerana sudah menjadi sunnatullah didunia ini.

Imam Hassan al-Banna pula menyatakan bahawa, "Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap Muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran."

Akhir kalam, marilah kita sama-sama menjadi muslim yang ada kesedaran serta keyakinan dalam perjuangan. Perjuangkan demi agama Islam yang mementingkan kebenaran supaya Islam tertegak diatas muka bumi ini.

Wallahualam.

Shareefuddin Jamaluddin
Exco Dakwah dan Kebajikan,
Persatuan Mahasiswa Islam,
Universiti Malaya

#InspirasiBersama




Wednesday, 19 November 2014

Alhikam-ibn Athoillah 





"Jangan berhenti berzikir bila tak ingin tersingkir. Jangan berhenti berdoa bila tak ingin ternoda".
Lakukanlah apa yang semestinya engkau lakukan. Sebab setiap kebaikan yg engkau lakukan, dariNya selalu tersedia balasan. Jangan meremehkan meski hanya baris wirid yg terucap lisan.
Bukanlah tugasmu memikirkan bentuk dan waktu balasan. Sebab yg engkau persembahkan kepada Nya adalah apa yg engkau inginkan dariNya.
Sementara apa yg diberikanNya kepadamu selalu lebih luas daripada apa yg engkau minta. Jagalah utk tetap istiqomah, meski engkau merasa belum terjamah.
ALLAH menyediakan untukmu balasan yg terus-menerus, yg tiada habis. Sedangkan engkau mengerjakan sesuatu yg terbatas oleh usiamu yg pasti habis. Amalmu terhitung , sedangkan kurniaNya tak terhitung. Masihkah merasa tidak untung?"

Tuesday, 30 September 2014

Alangkah ruginya kita

       Seorang graduan baru sahaja selesai ditemuduga.. Apabila diajukan soalan berkenaan dengan gaji yang beliau mahu, beliau diberikan 2 pilihan; RM27,000 dan RM1,000.. Apa yang mengejutkan para panel ialah jawapan beliau yang memilih gaji sebanyak RM1,000 dan menolak gaji sebanyak RM27,000.. Beliau pastinya dianggap sebagai seorang yang rugi dan tidak berfikir panjang kerana menolak jumlah gaji yang lebih mahal dengan memilih gaji yang lebih sedikit.. Begitulah penilaian manusia terhadap hal dunia.. Seringkali manusia memilih harta yang lebih banyak apabila diberi peluang dan hanya orang yang dungu akan memilih jumlah harta yang sedikit..

      Namun, hal yang sama tidak berlaku apabila dipaksikan kepada agama.. Sudah hampir 6 tahun saya bergelar mahasiswa dan seringkali saya perhatikan gelagat kawan-kawan yang tidak mengendahkan perihal solat berjamaah meskipun jarak ke surau hanya memakan masa 2-3minit.. Meskipun mendengar seruan azan, para mahasiswa masih lagi bersenang-senang dengan mengadap laptop untuk melayari internet, malahan ada yang meluangkan masa untuk bermain permainan samada DOTA, PES, CS dan lain-lain sehinggakan mereka solat di akhir-akhir waktu.. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW telah bersabda;

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Bukhari dan Muslim.

       Hadis ini menerangkan fadhilat solat berjamaah di mana orang yang solat secara berjamaah akan mendapat 27 kali ganda berbanding mereka yang solat bersendirian yang hanya mendapat pahala sebanyak 1 kali ganda sahaja.. Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda;

     “Solat seseorang yang dilakukan secara berjemaah melebihi solat yang dikerjakan di rumah atau di pasar sebanyak dua puluh lima kali ganda. Ini disebabkan apabila seseorang itu berwuduk dengan sempurna, lalu pergi ke masjid dan kepergiannya tidak bertujuan selain untuk mengejakan solat, maka setiap kakinya melangkah akan menaikkan satu darjat dan menggugurkan satu kesalahan dosa. Jika orang itu mengerjakan solat, maka para malaikat sentiasa memohonkan rahmat untuknya selama masih berada di tempat solat itu dan selagi belum berhadas. Doa para malaikat itu: ‘ Ya Allah! Limpahkanlah selawat ke atasnya. Ya Allah! Cucurilah rahmat ke atasnya’, dan orang itu tetap dianggap dalam keadaan mengerjakan solat selagi menunggu tibanya waktu solat.” (Kesahihan hadis ini disepakati oleh ulama hadis.. Ia ditulis menggunakan lafaz al-Bukhari..)
       Namun, berapa ramai yang merasakan diri mereka berada di dalam kerugian apabila tidak menunaikan solat secara berjamaah?? Sudah pasti jawapannya hanya sedikit yang merasakan kerugian tersebut meskipun ramai di antara kita yang telah mendengar dan mengetahui hadis tersebut.. Berbalik kepada analogi di atas, manusia akan menyesali perlakuan mereka tatkala memilih sesuatu yang sedikit apabila ada tawaran yang lebih baik (yakni jumlah yang lebih besar) namun kenapa penyesalan tersebut tidak berlaku apabila mereka memilih untuk solat secara bersendirian di bilik??

       Mungkin ada yang memberi alasan bahawa mereka tidak dapat solat berjamaah di awal waktu kerana ada kerja yang perlu diselesaikan segera.. Bahkan, saya secara peribadi jarang solat berjamaah di awal waktu kerana waktu kuliah yang tidak sama dengan waktu solat.. Namun, apa salahnya sekiranya kita tetap pergi ke surau untuk mencari sahabat-sahabat yang mahu solat berjamaah dan solat bersama-sama mereka.. Bagi saya, tidak ada alasan untuk kita mengabaikan solat berjamaah di surau meskipun terlewat sedikit dalam mengerjakannya kerana mempunyai urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.. Dalam hadis yang lain, pernah suatu ketika datang seorang lelaki buta kepada Rasulullah SAW yang meminta keringanan untuk solat di rumah.. Namun, tatkala lelaki itu hendak pergi, Rasulullah SAW memanggilnya dan bertanya, “Adakah engkau mendengar laungan azan?” Lelaki buta itu menjawab, “Ya.” Rasulullah SAW kemudiannya berkata, “Kalau begitu, penuhilah panggilan itu (solat secara berjemaah).”  Di dalam hadis ini, Rasulullah SAW tetap menyuruh seorang yang buta untuk solat secara berjamaah sekiranya beliau mendengar azan dan alangkah malunya apabila kita yang tidak buta malahan diberi kesihatan tubuh badan, memilih untuk solat secara bersendirian di bilik..
     Namun, apa yang saya perhatikan dalam kalangan mahasiswa sekarang ini lagi menghibakan.. Mereka hanya memandang enteng kepentingan untuk solat secara berjamaah dengan lebih mengutamakan kepentingan dunia.. Contohnya, mereka leka menonton movie atau anime, leka dengan bermain game secara online, leka dengan berbual-bual kosong dan hanya mengerjakan solat di akhir-akhir waktu.. Tidakkah golongan-golongan sebegini merasa RUGI apabila tidak solat secara berjamaah?? Sekiranya usai solat berjamaah, ada orang yang menunggu di muka pintu untuk memberikan wang sebanyak RM27 kepada mereka yang solat secara berjamaah, pastinya golongan-golongan yang lebih memilih untuk solat bersendirian di bilik akan mula merasakan diri mereka berada di dalam kelompok yang RUGI.. Sayangnya, perkara ini tidak akan berlaku, dan mungkin selama-lamanya mereka yang solat bersendirian di bilik tidak akan tersedar.. ALANGKAH RUGINYA KITA!!!

Rujukan:
1) Kitab Fathul Bari
2) Subul as-Salam: Jilid 1, Bab Solat berjamaah dan Imam solat, m/s 551
3) Fiqh As-Sunnah: Jilid 2, Bab Solat berjamaah, m/s 1
Oleh:
Tengku Abdul Hadi.

Monday, 22 September 2014

Mencari Musuh : Peradaban Islam dan Politik Antarabangsa.

KL :        PMIUM akan bersama-sama dengan Masjid Wilayah Persekutuan, Persatuan Ulama Malaysia dan Kolej Islam Antarabangsa dalam perlaksanaan satu kursus pada minggu hadapan.

           Kursus kefahaman "Islamophobia : Mencari Musuh : Peradaban Islam dan Politik Antarabangsa." ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

           Antara objektif awal penganjuran kursus ini adalah bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai penularan Islamophobia.

          Taklimat penganjuran program ini telah dihadiri oleh Saudara Mohamad Zarin, selaku Naib Presiden PMIUM sebagai wakil.

          "Kursus kefahaman Islamophobia adalah bertujuan untuk memahamkan orang ramai tentang bahayanya keganasan 'Islamophobia' sama ada secara peradaban mahupun hubungan antarabangsa", Mohamad Zarin, Naib Presiden PMIUM.

 

Sumber: Laman sosial Facebook Mohamad Zarin

Friday, 19 September 2014

Mencari titik persamaan PMIUM dan Persatuan Kristian Varsiti

KL :     Satu pertemuan antara PMIUM dan PKVUM (Persatuan Kristian Varsiti) telah diadakan pada hari ini.

        Pertemuan antara dua entiti besar persatuan di Universiti Malaya ini adalah bagi mencari titik persamaan dalam mencapai identiti negara bangsa Malaysia dan seterusnya melahirkan ikon-ikon mahasiswa kepada Malaysia.

     Nor Afiqah Isa, Timbalan Exco Intergrasi dan  Kenegaraan PMIUM berpendapat bahawa perbincangan dua hala seperti ini mampu untuk mengeratkan hubungan intergrasi antara kaum dan agama.

      "Komunikasi dua hala dalam memberikan pandangan mampu untuk menimbulkan tolak ansur dan permuafakatan dalam membentuk identiti sebagai rakyat Malaysia", Nor Afiqah Isa.

        Dalam pada itu, Khairol Najib Hashim, Presiden PMIUM pula menyatakan keyakinan beliau terhadap permuafakatan sebegini adalah perlu untuk sentiasa mencari titik persamaaan walaupun berbeza latar belakang.

         Objektif untuk menjadikan Universiti Malaya sebagai "role model" atau tauladan kepada masyarakat luar tentang bangsa Malaysia telah disepakati dalam pertemuan ini.

          
Khairol Najib Hashim (Presiden PMIUM), A'qiel Abd Rahim ( Ketua Exco Integrasi & Kenegaraan ) dan Nor Afiqah Isa (Timb. Exco Integrasi & Kenegaraan )



Friday, 25 July 2014

Ramadhan Bersama Imam Syria: PMIUM Ucap Tahniah Kepada MAPIM.

 KL:    Khairol Najib Hashim mengucapkan sekalung tahniah kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) atas penganjuran program "Program Bersama Imam Syria".

     Seramai 9 orang imam tarawikh yang di undang khas daripada Aleppo,Syria sepanjang Ramadhan. Mereka di ketuai oleh Sheikh Mohammad Muaz, merupakan ulama yang terkenal di Aleppo. 

     Sheikh Mohammad Muaz dijemput untuk memberikan takzkirah dan ceramah agama.

     Menurut Khairol Najib Hashim, usaha MAPIM ini adalah usaha yang baik dalam kecaknaan terhadap isu kemanusiaan di Syria. 

     Dalam program ini, semua jemaah yang datang didedahkan mengenai penderitaan yang dialami oleh rakyat Syria.

     "Harapan kami ialah program-program seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang supaya membenihkan rasa cakna dalam jiwa masyarakat Malaysia khususnya terhadap apa yang sedang dialami oleh rakyat Syria", Khairol Najib Hashim, Presiden PMIUM.


bm.therakyatpost.com

Selamat maju jaya Malaysia! - Majulah sukan untuk Negara

     Selamat Maju Jaya diucapkan kepada atlet-atlet Malaysia sempena Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.

     Untuk makluman umum, Sukan Komanwel kali ini bermula pada 23 July - 3 Ogos 2014. Ianya disertai seramai 4,560 atlet dari 71 buah negara yang akan bertanding untuk 18 jenis sukan dan 261 medal untuk diperoleh.

     Maskot yang dipilih pada kali ini adalah sejenis bunga thistle yang diberi nama Clyde, sempena sungai yang mengalir di Glasgow itu sendiri. Bunga itu sendiri melambangkan negara Scotland.

     Difahamkan ketika acara pembukaan perasmian, kontijen Malaysia telah mengibarkan bendera separuh tiang sempena peristiwa MH17.

     Pelanggan Astro dan NJOI diberi peluang untuk mengikuti liputan acara sukan terpilih melibatkan atlet tanah air secara khususnya menerusi Astro Arena Saluran 801. Manakala, seluruh rakyat Malaysia juga boleh menonton saluran Astro Arena menerusi Astro on the Go secara percuma.

     Doakan agar atlet Malaysia dipermudahkan urusan dan dapat mengharumkan nama negara, insyaallah.

     Apapun, Ramadan berbaki ini jangan dilupakan untuk terus istiqomah dalam amal ibadat kita. Semoga objektif puasa, iaitu menjadi insan bertaqwa dapat kita kecapi. Doakan juga untuk saudara kita di Palestin.

Ayuh, sertai kempen boikot barangan.

     Tiba masanya kita lebih serius untuk memboikot barangan yang menyumbang kepada peluru2 israel. peluru2 itu jugalah yang akan menembusi kepala2 saudara kita di palestin.

     Ya. Memboikot barang2 ini barangkali tidak mampu untuk menumbangkan Israel dan US. Tapi yang pasti ia mampu mencalarkan ekonomi mereka. Biar mereka tahu, bahawa dunia sedang mengutuk mereka !

     Jadilah seperti burung pipit pada zaman nabi Ibrahim yang cuba memadamkan api. Usaha di dunia, jawapan di akhirat.




     Hiduplah seperti pokok yg memberi 1000 bakti, bukan seperti busut semakin lama, semakin tinggi namun tidak membawa erti.

     Semoga syawal kali ini membawa erti yang sebenar untuk kita semua sebagai khalifah didunia yang fana. 

     Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya ( PMIUM ) sesi 2014/2015 kepada seluruh umat Islam amnya dan kepada seluruh warga Universiti Malaya khasnya.

     Semoga Aidilfitri kali ini benar-benar disambut sebagai kita yang pulang kepada asalnya yg fitrah ( al-aaideen ) dan berjaya ( al-faaizeen ).

Presiden: Khairol Najib Hashim
Timb. Presiden: Sobiroh Puzi
Naib Presiden: Zarin Maszalan
Setiausaha: Muhammad Ayub Md Husni
Bendahari: Khair Alimarshidi




Tuesday, 22 July 2014

Rebut manfaat dalam perhitungan pemergian Ramadhan



Saki baki hari-hari terakhir Ramadhan perlu kita rabut dan gunakan dengan sebaik-baiknya agar kita tidak ketinggalan mendapat manfaat berganda dalam meniti pemergiannya. Jika 10 hari terakhir Ramadhan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan beriktikaf dan berjaga malam dengan amalan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya melaksanakan ibadah-ibadah, bagaimanakah pula dengan kita? Sewajarnya contoh yang ditunjukkan oleh Baginda dalam menghayati 10 hari terakhir Ramadhan dijadikan teladan kepada seluruh umat Islam pada hari ini.

Akhir kata, Salam Akhir Ramadhan dan Salam Lailatul Qadar buat semua umat islam dan tidak dilupakan buat saudara seislam di Ghazzah, Palestin. Semoga Allah bekalkan kekuatan dan kemenangan buat 'tentera Allah' yang berjuang di jalan-Nya.

Sobiroh Puzi,
Pengerusi HEWI PMIUM

Nikmat menghitung hari-hari terakhir Ramadhan


Hari ini Ramadhan sudah melangkah ke fasa terakhir sebelum pergi meninggalkan kita dan disambut dengan Syawal. Perhitungan hari ini adalah nikmat yang sering kita pandang 'ringan' dan lupa dalam mengejar erti berjiwa hamba.

 Kenikmatan besar dalam hari 10 terakhir bulan Ramadhan yang mulia ialah kemanisan beribadah dalam penyerahan diri kepada Dia. Rasullulah S.A.W bersungguh-sungguh beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan lebih daripada bulan-bulan yang lain.

  Ayuh, lipatgandakan usaha kita dalam menambah amalan dan memperkukuhkan ibadah agar mendapat keredhaan Allah.


Muhammad Khair bin Alimar Shidi
Bendahari Kehormat PMIUM

~PMIUM Inspirasi Bersama~

Monday, 21 July 2014

Hidupkan 10 Akhir Ramadhan Dengan Amalan



Assalamualaikum.
Alhamdulillah kita telah menjengah fasa ke-3 ramadan. Fasa akhir ini disebutkan sebagai fasa dibebaskan dari api neraka. Fasa 10 akhir ramadan ini juga terdapat satu malam yang di sebut sebagai malam Al-Qadr di mana malam ini lebih baik daripada 1000 bulan. Berkaitan dengan malam Al-Qadr ini Allah telah merakamkannya di dalam satu surah khas yang menunjukkan betapa hebat dan besarnya nilai malam Al-Qadr ini iaitulah di dalam surah Al-Qadr.
Kebiasaannya apabila masuk sahaja 10 akhir ramadan ini, Rasulullah akan beriktikaf di masjid dan akan sentiasa mengejutkan ahli keluarganya supaya menghidupkan 10 akhir ramadan ini. Tentu besar fadilatnya lebih2 bagi sesiapa yang menjumpai malam Al-Qadr ini.
Justeru, saya menyeru agar kita semua terus istiqamah dan melipatgandakan amalan di akhir 10 ramadan. Berusahalah untuk menghidupkan 10 akhir ramadan ini dengan amalan-amalan tertentu. Jangan leka dengan persiapan AidilFitri sehingga kita terlepas ganjaran 10 akhir Ramadan ini.

Semoga kita berjumpa dengan malam Al-Qadr tersebut. Sirru ala barakatillah.


Friday, 18 July 2014

Lailatul Qadar

Jom sibukkan diri dengan ibadah malam.
Dah 10 hari terakhir dah kita ni.
Begitu cepat masa berlalu dan begitu banyak kita membuang waktu.
Ayuh, jika tak jumpa malam lailatul qadar, tak mengapa.
Yang penting usaha itu 

Semoga Allah menerima amalan kita dan kamu semua.
Amin



Salam Nuzul Quran

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan,peringatan Nuzul Al- Quran.

Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri dalam pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun,yang sering kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan)

Al-Quran bukan untuk dijadikan perhiasan di dalam rak kaca di rumah semata-mata tetapi wajib menjadi perhiasan diri setiap Muslim .
Salam Nuzul Al-Quran daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan selamat bercuti.

~PMIUM Inspirasi Bersama
#Pray4Gaza


Saturday, 5 July 2014

PMIUM jalin pertemuan Mahabbah dengan PEMBINA

Sejurus tersebar berita palsu kononnya PEMBINA cuba untuk merampas takhta kepimpinan PMIUM, Presiden PMIUM yang baru di lantik Khairol Najib Hashim lantas membuat pertemuan mahabbah bersama beberapa orang pimpinan PEMBINA hari ini. Antaranya Timb Presden 1 PEMBINA, Saudara Uzair.

Ianya bagi memastikan isu yang tersebar selama ini dapat di jernihkan semula dan agar tidak berlaku permusuhan antara kedua-dua belah Pihak.

Hasil pertemuan tersebut, masing-masing bersetuju bahawasanya Gerakan Islam terutamanya yang berada di Kampus dapat mencari titik persamaan dan juga dapat mengurangkan perbezaan antara mereka serta mampu mengeluarkan idea dan cadangan yang bernas bagi menarik minat anak muda bersama dengan mereka.

Khairol Najib juga turut menjelaskan PMIUM tidak pernah sama sekali untuk membawa ajaran islam yang liberal apatah lagi yang membawa kepada kesesatan. Tetapi beliau menjelaskan PMIUM cuba untuk mengamalkan sikap keterbukaan selagi mana perkara tersebut tidak bercanggah dengan ajaran islam yang sebenar

Khairol Najib Hashim Presiden Perstuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
(PMIUM) 




Selesai pertemuan bersama saudara Uzair, Majlis Pembina bersama Saudara Rais Pembina Um dan saudara Lukman JK Politik Kampus Pembina Pusat.