Showing posts with label HEWI. Show all posts
Showing posts with label HEWI. Show all posts

Sunday, 8 March 2015

Konvensyen SIS

Impactive Caliph, Heliza Helmi Production dan HEWI PMIUM membawakan khas untuk anda :
 KONVENSYEN SIS :: SRIKANDI IMPI SYURGA 
 14 - 15 MAC 2015 (2 hari)
 8.00 PAGI - 5.00 PTG
 AUDITORIUM KOMPLEKS PERDANA SISWA UNIVERSITI MALAYA
Seminggu sahaja lagi K-SIS akan berlangsung!
Ayuh DAFTAR segera!
✅SEORANG : RM100
✅2 ORANG : RM90/ORANG
✅3 ORANG : RM80/ORANG
✅5–10 ORANG : RM70/ORANG
✅20-30 ORANG : RM60/ORANG
Pendaftaran Pantas :
Melalui WhatApps :
Taip <‪#‎KSIS15‬>
Hantar ke 014-7930806
Perhatiansms ke nombor tersebut segera sebelum Ahad ini untuk mendapatkan harga promosi yg lebih jimat! 
Rujuk poster di bawah untuk mengetahui para panelis yg hebat dan slot-slot menarik dalam K-SIS ini.



Wednesday, 25 February 2015

HANTU BUNGKUS, ASSALAMUALAIKUM DAKWAH


Perkongsian Oleh: Rita NurSuhaila Radzuan 
-Timbalan Pengerusi HEWI PMIUM


Sempat berjumpa dengan Cg Esah ( yang kedua dari kiri ) dan mendengar pengalaman beliau ketika zaman 60-an di Universiti Malaya. Beliau merupakan penggerak kepada usrah dan aktiviti aktiviti ilmu di kampus. Dan penggerak PMIUM.

Antara moment yang menjadi history, beliau antara orang yang pertama memakai tudung di varsiti dan diikuti dengan beberapa rakannya yang lain. Digelar Hantu bungkus, hantu berstoking..dan sering disapa dengan, Assalammualaikum dakwah...

Kedengaran melucukan tetapi saya merasakan agak susah nak sebarkan fahaman islam yang sebenar benarnya bila bangsa seagama kita menganggap kita sebarkan fahaman yang salah.

Apakah kita nak sia siakan usaha perjuangan mereka?

Kita dan mereka yang mana lebih senang sebarkan islam?


Tepuk dada, fikir-fikirkan...

#inspirasiBersama

Thursday, 12 February 2015

PERGIMU BERSAMA TANGISAN



Tanggal 12 Februari 2015 bersamaan 23 rabi’ul akhir 1436Hijrah, dunia dikejutkan dengan 3 berita yang menyayat hati. Pertama, tragedi Chapelhill yang mengorbankan 3 orang pelajar Islam diUtara Carolina, Amerika Syarikat. Kedua, kematian dua orang guru; iaitu Datuk Hasbullah Awang dan Datuk Bentara Setia Tuan Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Biarpun mereka berdua di dalam bidang yang berbeza,namun kehilangan tersebut amat dirasai.

Jam 12.20 tengah hari,  pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN). Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau dianggap guru dalam bidang penyiaran Malaysia. Ramai yang mengagumi kreadibilitinya.

Tepat jam 9.45malam pula, dunia sekali lagi dikejutkan dengan pemergian murobbi sepanjang zaman, Datuk Bentara Setia Tuan Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Kehilangannya , sememangnya dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Kelantan. Siapa sangka, di saat penghuninya masih bersedih dengan musibah banjir yang melanda bumi serambi mekah itu, mereka sekali lagi diuji dengan kehilangan yang cukup besar ini.

Ada hikmahnya mengapa diaturkan sedemikian rupa. Sengaja Allah ingin membersihkan bumi itu daripada dosa sang penghuni, agar kita mampu mengerti nilai hidup. Sengaja Allah mengambil insan itu di saat kita masih perlukannya, agar dapat mengerti nilai akhirat. Namun, yang paling menyentuh hati, tarikh pemergiannya bersamaan dengan tarikh kematian Syahid Hassan al-Banna.

Arwah, sepanjang hidupnya disifatkan sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara menegakkan keadilan dan berpendirian tegas dalam menjalankan amal ma’ruf nahi mungkar. Kehilangannya tiada galang ganti. Hidupnya hanyalah untuk Islam. Zaman mudanya, hanya dipenuhi dengan hal-hal berkaitan ukhrawi sahaja.

Benarlah, Islam itu datang dengan keadaan asing dan bakal kembali dengan asing jua. Buat semua  syabab, contohilah beliau. Jenamakan Islam dalam diri, tonjolkan kebaikan sepanjang masa.

Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘As r.huma berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW. Bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekaligus daripada (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama’.

Apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Jadilah mereka itu sesat lagi menyesatkan orang lain.”
(Hadith riwayat Muslim)

Rita Nursuhaila Ridzuan
Timbalan Pengerusi HEWI PMIUM

             


PMIUM | INSPIRASI BERSAMA
MAHASISWI PENCETUS KEBANGKITAN WANITA


Tuesday, 3 February 2015

Kes Kelar Dan Bunuh Mahasiswi UITM




Berikutan kejadian ngeri yang menimpa seorang penuntut UITM yang dikelar dan dibunuh rakan lelaki tempoh hari, saya mewakili Hewi Pmium melahirkan rasa kesal dan sedih lantaran peristiwa berkenaan seharusnya dapat dielakkan.
Saya kira ada 3 perkara penting yang boleh kita teliti bersama. Antaranya ialah langkah keselamatan yang wajib diambil, peranan ibu bapa dan juga peranan institusi berwajib. Sering apabila kita digegarkan dengan kejadian sebegini, barulah sesetengah pihak akan membuka mata dan sesetengah lagi berlepas diri. Tegas saya katakan gejala kurang elok yang dihadapi anak Muda adalah masalah bersama.
Setiap Mahasiswi khususnya berhadapan dengan risiko jenayah yang tinggi setiap hari. Rogol,bunuh,ragut dan penipuan seolah-olah berakar menjadi darah daging. Suka saya ingatkan pada Mahasiswi diluar kita sebenarnya berhadapan dengan dunia yang memerlukan kita lebih bijak. Janganlah semberono memilih jalan hidup. Bermulalah dengan berdamping dengan teman yang berakhlak mulia.
Saya merasakan Mahasiswi haruslah cakna dengan langkah keselamatan walau dimana sahaja berada. Paling tidak bertemanlah sentiasa apabila keluar. Elakkan keluar berdua-duan. Simpan nombor telefon ibu bapa, sahabat, polis dan sebagainya untuk keperluan kecemasan. Hindari melalui lorong gelap secara bersendirian. Ironinya, Itu semua hanyalah cepisan daripada banyaknya tips keselamatan, apa yang penting jati diri dan maruah Mahasiswi itu sendiri. Persoalan, bagaimana mereka meletakkannya. Saya tinggalkan gambaran yang jelas mengenai Mahasiswa terkini. Kebanyakkannya terkenal menjadi sorotan akhbar dengan sadis sekali..bermula dengan isu KPOP kemudian sekarang isu kelar dan bunuh pula.
Apa yang lebih menyedihkan peranan ibu bapa sendiri yang sudah melebihkan cara pendidikan barat dalam menangani hal anak-anak. Hingga akhirnya mereka seakan- akan kehilangan identiti agama dan adat. Malu mereka tidak lagi menjadi mahkota tapi menjadi sampah yang mereka buang tanpa berfikir panjang. Tidak salah rasanya jika saya katakan ibu bapa perlu balik pada asal jadi. Sentiasa berkumpul dan melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat bersama keluarga.Moga dengan itu tidaklah anak-anak mencari pengganti yang lain. Disamping teguran dan nasihat yang tidak lekang daripada ibu bapa, jiran-jiran tetangga juga bertanggungjawab melaporkan sebarang aktiviti yang tidak elok daripada anak muda . Ini bukan perihal menjaga tepi kain orang tapi menjaga kain kapan tidak ditenun sebelum waktunya.
Saya juga ternanti-nanti respon menteri-menteri yang banyak mengusulkan pelbagai hukuman kepada pesalah. Tapi tidak pula berjaya mengurangkan sedikitpun index peratusan jenayah yang membabitkan wanita. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan menekankan aspek pemeliharaan dan pemulihraan berbanding memfokuskan hukuman. Kita banyak menekankan keadilan melalui hukuman akan memberikan amaran kepada orang ramai tanpa kita sedar kitalah kunci kepada bahaya yang terpaksa mereka tempuh. Contohnya mudah, kebenaran konsep KPOP diadakan, kelab-kelab malam tanpa permit yang penuh dengan konspirasi dadah dibenarkan. Bukankah sudah jelas siapa sbenarnya bersalah. Memang benar, ada beberapa angka disediakan daripada pembentangan bajet 2015 tempohari khas untuk golongan belia . Namun saya terkilan projek khusus untuk keselamatan Mahasiswi hanyalah tinggal impian. Tidak langsng dipandang serius oleh kerajaan.
Akhir kata, saya menyeru setiap lapisan masyarakat mengambil serius perihal sosial wanita kerana merekalah dirimu , ibumu , kakakmu malah adikmu sendiri. Bukankah menjaga mereka tanggugjwab kita bersama?

Nurul Shuhada Mamat
Mahasiswi Tahun 2
Universiti Malaya


Saturday, 4 October 2014

Ucapan HEWI sempena Hari Raya Aidil Adha

”Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.”(Surah As-Saaffat ayat 102)

Peristiwa Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah untuk mengorbankan anak kesayangannya Nabi Ismail adalah bukti keta’atan, ketaqwaan dan kecintaan yang tidak berbelah-bagi keluarga tersebut kepada Allah.

Maka renungi dimanakah kedudukan kita di dalam menerima dan menunaikan perintah Allah.

Kekuatan untuk mampu berkorban hakikatnya, bergantung kepada keimanan kita kepada Allah SWT kerana keimanan itulah yang melahirkan kekuatan untu mengangkat perintah-Nya menjadi sesuatu yang besar dalam kehidupan kita melebihi kepentingan diri kita sendiri. Wallahua'lam.

.......................................
Akhir kata, HEWI PMIUM mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga dengan kehadiran Hari Raya Qurban ini dapat memberikan kita makna dan menghayati pengorbanan dalam kehidupan kita sebagaimana dirakamkan di dalam Al-Quran, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Thursday, 18 September 2014

Mesej 'Mahasiswi Pencetus Kebangkitan Wanita' di seluruh kampus

KL :      HEWI PMIUM telah mengadakan satu konvoi PROMO di sekitar kampus.

      Konvoi ini yang disertai oleh beberapa sukarelawan mahasiswi PMIUM telah berjalan dengan lancar.

      Beberapa tempat tumpuan dan awam telah menjadi destinasi penting 'Team HEWI' bagi memberi mesej "Mahasiswi Pencetus Kebangkitan Wanita".

    Antara destinasi penting yang dituju oleh HEWI ialah "Food Junction", "Foodcourt Village", kolej-kolej kediaman dan sekitarnya.

      Sobiroh Puzi, Presiden HEWI PMIUM dalam kenyataannya, " Konvoi ini diadakan adalah untuk mendedahkan dan mengajak seluruh mahasiswi Universiti Malaya menyertai program-program menarik yang telah disediakan oleh HEWI khas untuk mahasiswi".

     Beliau menyambung lagi kenyataan beliau, "Program HACKS ialah antara program yang terdekat dan menarik untuk disertai".


Mahasiswi Pencetus Kebangkitan Wanita

KL:        Hal Ehwal Siswi PMIUM (HEWI) pada sesi kali ini membawa moto “Mahasiswi Pencetus Kebangkitan Wanita”. 

         Dalam pada itu, HEWI juga menekankan 3 aspek utama dalam pembawaan motto iaitu kesatuan, pembangunan diri mahasiswi dan kebajikan. 

        Rita Nur Suhaila, Timbalan Presiden HEWI, dalam ucap tamanya semasa sesi berucap di UM Sentral menyeru kepada semua mahasiswi melibatkan diri dalam pelbagai program menarik yang akan dianjurkan oleh HEWI. 

        Seruan ini bertujuan untuk menghasilkan mahasiswi yang proaktif serta mempunyai nilai tambah bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa akan datang. 

          “Sekarang adalah masanya untuk mahasiswi bangun mengorak langkah seiring dengan pesatnya pembangunan. Tenaga kita sangat diperlukan untuk mencorak masa depan negara”, Rita Nur Suhaila.

Tuesday, 9 September 2014

Selamat memulakan semester baru mahasiswa

Selamat memulakan semester baru buat Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Malaya dan seluruh kampus di Malaysia.

Semoga lebih bersemangat dalam menuntut ilmu dan mencari redhaNya.

"Barangsiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan maka Allah akan fahamkan dia dalam(masalah) dien(agama)" (HR Bukhari)



Saturday, 26 July 2014

Ucapan Khas Aidilfitri HEWI

     Selama sebulan menahan haus dan lapar, selama sebulan menahan hawa nafsu disiang harinya, selama sebulan melatih diri dari berkata-kata, mendengar dan melihat hal-hal yang dimurkai Allah.
      Diiringi pula dengan solat-solat sunat, berzikir, memperbanyak membaca dan memahami al-Quran, memberi makan fakir miskin dan membantu mereka yang berjuang di jalan Allah. 
     Mudah-mudahan ibadah puasa kita selama bulan Ramadhan dapat membawa hasil yang gemilang bagi kesihatan rohani dan jasmani kita serta semoga amalan-amalan yang dilaksanakan sepanjang berada di dalam madrasah Ramadhan diterima dan diredhai-Nya.
     Setelah menjalani ujian sepanjang bulan Ramadhan maka sudah sewajarnya kita menyambut ketibaan hari raya dengan penuh gembira sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran. 
     Bagi orang yang telah berjaya menjalani ujian di bulan Ramadhan, Syawal adalah detik kembali kepada asal fitrah tanpa sebarang dosa dan noda.
     Hari raya disambut dengan membesarkan Allah s.w.t dengan cara mengucap takbir dan tahmid dari malam hari raya hinggalah di pagi Syawal esok harinya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri. 
     Zakat fitrah yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam seboleh-bolehnya hendaklah disampaikan kepada fakir miskin sebelum hari raya agar mereka dapat bersama-sama saudara Islam yang lain menyambut hari kebesaran ini dengan penuh bermakna.

     "Sesungguhnya berbahagialah dan jayalah orang yang membersihkan dirinya dengan mengeluarkan zakat fitrah, dan ia mengingati Allah dengan menyebut nama Allah lalu menunaikan solat." (Surah Al-A'la : 14 - 15)
     Hari kemenangan ini juga kita sambut dengan saling mengucapkan tahniah dan mendoakan antara satu sama lain, dan tidak lupa pula saling memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah kita lakukan terhadap sesama saudara muslimin dan muslimat.

     Memetik kata-kata Imam al-Ghazali : "Yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN.”
     Akhir kalam, Hal Ehwal Mahasiswi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (HEWI PMIUM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang beragama Islam khususnya serta semua muslimin dan muslimat di serata dunia.


~PMIUM Inspirasi Bersama~

Friday, 18 July 2014

Selamat Bercuti & Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Selamat Bercuti & Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak buat seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Malaya khususnya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Yang baru dan telah lama dilahirkan di muka bumi ini sudah ramai yang kembali menghadap sang Pencipta. Semuanya silih berganti. Alhamdulillah, tahun ini Allah masih beri keizinan serta kesempatan untuk kita merasai dan menikmati keizzahan bulan Ramadhan yang mulia.

Semoga ramadhan kali ini bukan yang terakhir buat kita. Dan semoga pada penghujung madrasah ramadhan kali ini dapat melahirkan kita semua sebagai insan yang suci bersih dengan maghfirah dari-Nya dan menjadikan kita hamba yang taat serta bertaqwa di sisi Rabbul Izzati.. Selamat menunaikan ibadah buat semua umat Islam di dunia dengan penuh rasa cinta dan rindu pada-Nya. Semoga ia menjadi titik mula kepada istiqamah pada hari muka.

Sobiroh Puzi
Timbalan Presiden PMIUM

~PMIUM Inspirasi Bersama
#TAMAR14

Saturday, 5 July 2014

"Pelancaran Ops Keselamatan Wanita" FASA 1



Telah selesai "Pelancaran Ops Keselamatan Wanita" FASA 1.

Team Hewi Pmium dengan kerjasam SIM telah melancarkan ops tersebut sebentar tadi di kawasan main bustop um, lrt stesen universiti dan pasar tani berhampiran perumahan di stesen universiti.

Alhamdulillah, sambutan yang sangat baik dan menggalakkan daripada masyarakat sekitar yang ditemui dan komentar positif dari peniaga-peniaga atas kempen yang telah dilancarkan.

Inshaa Allah, ops keselamatan wanita ini tidak hanya tamat di sini, untuk tindakan selanjutnya kita akan adakan pertemuan dua hala antara wakil mahasiswi dengan YB Dato' Sri Rohani Hj Abd Karim, Menteri Pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di Kementerian. Sebarang fasa susulan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Jangan lupa, "KEEP ON MIND, Always Be Carefull"

#AlwaysBeCarefull
#BebaskanWanitaDariAncamanKeganasan