Sunday 27 July 2014

Kalam Pimpinan :Perutusan Khas Aidilfitri Presiden PMIUM



      Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan. Alhamdullilah, hari ini  kita menyambut kedatangan Syawal sebagai tanda kemenangan kita dalam perjuangan dengan penuh ketaatan terhadapNya sepanjang Ramadhan.

     Perjuangan dalam bulan Ramadhan boleh dianggap sebagai satu jihad dalam setiap diri individu. Hal ini kerana jihad itu sendiri membawa maksud bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Bagi umat Islam, berpuasa itu bukan sahaja berjihad dalam menahan nafsu daripada makan dan minum tetapi juga menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan sentiasa menjaga fizikal dan mental ke arah disiplin yang bersenjatakan iman dan taqwa.


         Anggaplah apa yang sering kita lakukan yakni pertambahan nilai ibadah dan penghindaran daripada perkara-perkara yang ditegah oleh Allah dalam bulan Ramadhan ini adalah satu langkah dan latihan berterusan untuk melakukan perubahan terhadap diri kita. Teruskan momentum positif sepanjang bulan Ramadhan ini dengan penuh konsisten dan memperoleh keberkatan serta keredhaan daripada Allah. Sesungguhnya, kemenangan yang lebih besar ialah apabila kita mampu mengekalkan momentum positif yang dikecapi sepanjang Ramadhan ini dalam penghayatan erti keabdian kepada Allah.


     Namun, jangan dilupakan akan sesuatu iaitu kemenangan perjuangan panji-panji Islam dalam proses pembelaan maruah Islam dan umat Islam diseluruh dunia. Pada awal Ramadhan ini, seperti sebelumnya, Palestin masih belum lagi sunyi daripada keganasan serangan rejim Zionis. Betapa ramai umat Islam yang diragut nyawanya saat yang pada ketika ini ramai umat Islam lain hanya mampu melihat dan mendengar tanpa berbuat apa-apa.


      Dalam menyambut kedatangan Aidilfitri yang mulia ini, kita seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar daripada peristiwa yang mampu meruntun hati kita sebagai menjaga hubungan dengan Allah dan manusia (Hablum min Allah, Hablum min Nas). Saat ini, kebergantungan kepada Allah untuk memohon perlindungan dan memberi kekuatan kepada rakyat Palestin dalam titipan doa di samping menjalankan tanggungjawab kita dalam kesediaan menjadi muslim sejati menjadi keutamaan.


      Apakah peranan kita sebagai muslim untuk menolong mangsa keganasan rejim Zionis yang masih lagi berlaku sejak dari 1948 lagi? Ianya bukan hanya bermusim; bukan 20 tahun,30 tahun, 40 tahun tapi sehingga perjuangan kebebasan yang dibelenggu kemelut penindasan ini selesai. Kita hanya marhaen tapi mampu membawa perubahan besar dalam keadaan ini walaupun dalam kondisi yang minima iaitu boikot. Saya di peringkat PMIUM melihat ini sebagai salah satu jalan untuk menunjukkan solidariti kita terhadap rakyat Palestin.


     Seterusnya, marilah kita sama-sama mengimarah dan mewujudkan kembali budaya ziarah-menziarahi sanak-saudara, sahabat handai dan jiran tetangga yang kian menjadi pudar. Bina kembali ikatan kasih sayang sempena Aidilfitri ini. “Yang jauh dekat-dekatkan, yang dekat, rapat-rapatkan”. Aidilfitri adalah antara ruang untuk merapatkan silaturrahim melalui budaya ziarah-menziarah dan memohon keampunan. Anak-anak yang merantau jauh dari kampung akan pulang ke kampung halaman untuk merasai suasana seperti ini.


    Namun, dalam menyambut kemeriahan Syawal jangan dilupakan kepada batas-batas dalam bermuamalah. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah menjaga tutur bicara`dengan mengeluarkan kata-kata yang baik tanpa menyinggung perasaan orang lain. Pertuturan yang baik mampu untuk mengekalkan keharmonian dalam perhubungan. Selain itu, bersalam-salaman dengan hanya orang yang dibenarkan oleh syarak. Penganjuran untuk bermaaf-maafan pada hari raya bukanlah bermaksud perlu bersalaman dengan orang lain yang berlainan jantina dan bukan muhrim.


     Akhir kalam, kita adalah insan yang kerdil yang mempunyai kelemahan dan kekurangan. Di hari raya yang mulia ini kita seharusnya bermuhasabah dan menginsafi diri akan keadaan ini serta mensyukuri atas segala kerahmatan dan kasih sayang Allah terhadap hamba-hambaNya.


Selamat hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.


Khairol Najib Hashim,

Presiden PMIUM.

~PMIUM Inspirasi Bersama~



Saturday 26 July 2014

Ucapan Khas Aidilfitri HEWI

     Selama sebulan menahan haus dan lapar, selama sebulan menahan hawa nafsu disiang harinya, selama sebulan melatih diri dari berkata-kata, mendengar dan melihat hal-hal yang dimurkai Allah.
      Diiringi pula dengan solat-solat sunat, berzikir, memperbanyak membaca dan memahami al-Quran, memberi makan fakir miskin dan membantu mereka yang berjuang di jalan Allah. 
     Mudah-mudahan ibadah puasa kita selama bulan Ramadhan dapat membawa hasil yang gemilang bagi kesihatan rohani dan jasmani kita serta semoga amalan-amalan yang dilaksanakan sepanjang berada di dalam madrasah Ramadhan diterima dan diredhai-Nya.
     Setelah menjalani ujian sepanjang bulan Ramadhan maka sudah sewajarnya kita menyambut ketibaan hari raya dengan penuh gembira sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran. 
     Bagi orang yang telah berjaya menjalani ujian di bulan Ramadhan, Syawal adalah detik kembali kepada asal fitrah tanpa sebarang dosa dan noda.
     Hari raya disambut dengan membesarkan Allah s.w.t dengan cara mengucap takbir dan tahmid dari malam hari raya hinggalah di pagi Syawal esok harinya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri. 
     Zakat fitrah yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam seboleh-bolehnya hendaklah disampaikan kepada fakir miskin sebelum hari raya agar mereka dapat bersama-sama saudara Islam yang lain menyambut hari kebesaran ini dengan penuh bermakna.

     "Sesungguhnya berbahagialah dan jayalah orang yang membersihkan dirinya dengan mengeluarkan zakat fitrah, dan ia mengingati Allah dengan menyebut nama Allah lalu menunaikan solat." (Surah Al-A'la : 14 - 15)
     Hari kemenangan ini juga kita sambut dengan saling mengucapkan tahniah dan mendoakan antara satu sama lain, dan tidak lupa pula saling memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah kita lakukan terhadap sesama saudara muslimin dan muslimat.

     Memetik kata-kata Imam al-Ghazali : "Yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN.”
     Akhir kalam, Hal Ehwal Mahasiswi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (HEWI PMIUM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang beragama Islam khususnya serta semua muslimin dan muslimat di serata dunia.


~PMIUM Inspirasi Bersama~

KALAM PRESIDEN PMIUM: "Jangan Hina 'orang Sampah' "

Jangan Hina "Orang Sampah"
     Sebut sahaja sampah pasti gambaran najis, kotor, busuk dan seangkatan dengan berlegar dalam fikiran kita. Hakikatnya kehidupan seharian kita dengan sampah tidak dapat dipisahkan ibarat seperti "aur dengan tebing" ataupun "donat dengan gula".
     Pekerjaan berkaitan dengan sampah, samada (kontraktor, pemandu lori , pengutip, dan setaraf dengannya) selalu dipandang hina oleh masyarakat.

     Walhal pekerjaan inilah pekerjaan yang mulia, yang mana ianya merupakan Fardhu Kifayah bagi umat Islam. Dek kala, orang lain bekerjaya sebagai guru, doktor, Menteri, mahupun Sultan, tetapi "orang sampah" inilah golongan diperlukan oleh semua orang.
     Seorang ayah yang bekerja mengutip tin kosong, kotak-kotak dan botol-botol terpakai demi mencari sesuap nasi untuk menyara keluarganya.

     Walaupun pekerjaan ini dipandang jijik oleh masyarakat, tetapi pada hakikatnya pekerjaan inilah pekerjaan yang mulia di sisi Allah.
   
     Sudah pasti rezeki daripada pekerjaan ini lebih halal dan suci berbanding seorang wakil rakyat yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap masyarakat serta bebas dengan korupsi yang berleluasa.

     Sehubungan dengan itu, menjelang Syawal yang bakal tiba ini, sudah pasti setiap rumah akan menghasilkan banyak sampah samada sampah kering mahupun basah.

     Oleh itu, bungkuslah sampah itu dengan baik supaya memudahkan urusan pemungutan sampah dapat dijalankan dengan lebih efisien dan cermat.
      Saya sarankan, apabila lori sampah melalui kawasan perumahan ketika Aidilfitri ini, marilah kita ringankan tangan menghulurkan sedikit juadah ataupun sebungkus air minuman kepada "orang sampah" yang bertugas ketika Aidilfitri berlangsung itu.

     Hargailah usaha titik peluh mereka, dan kita bayangkan jika mereka bercuti sepanjang Aidilfitri ini, sudah pasti ianya mendatangkan kemudaratan kepada kita semua.


Khairol Najib Hashim
Presiden
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Malaya
Unlike~PMIUM Inspirasi Bersama~

Friday 25 July 2014

Puisi Syahadah


Berakhlaklah seindah nabi,
Musuh sanjungi kawan dekati,
Berbeza pandangan itu fitrah,
Penyatu hati ini ialah quran dan sunnah,
Kini,
semakin berbeza ,
Penganut syahadah kian hilang panduan,
Hilang akhlak dosa ditadah.
Fitnah dunia kian meranah.

Rifhan Mujaddid,
Aktivis PMIUM.

~PMIUM Inspirasi Bersama~

Fesyen


Karya: Aiman Maripat
           Aktivis PMIUM

Pautan:
https://www.facebook.com/511622952297347/photos/a.512365722223070.1073741827.511622952297347/523246044468371/?type=1&theater

Ramadhan Bersama Imam Syria: PMIUM Ucap Tahniah Kepada MAPIM.

 KL:    Khairol Najib Hashim mengucapkan sekalung tahniah kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) atas penganjuran program "Program Bersama Imam Syria".

     Seramai 9 orang imam tarawikh yang di undang khas daripada Aleppo,Syria sepanjang Ramadhan. Mereka di ketuai oleh Sheikh Mohammad Muaz, merupakan ulama yang terkenal di Aleppo. 

     Sheikh Mohammad Muaz dijemput untuk memberikan takzkirah dan ceramah agama.

     Menurut Khairol Najib Hashim, usaha MAPIM ini adalah usaha yang baik dalam kecaknaan terhadap isu kemanusiaan di Syria. 

     Dalam program ini, semua jemaah yang datang didedahkan mengenai penderitaan yang dialami oleh rakyat Syria.

     "Harapan kami ialah program-program seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang supaya membenihkan rasa cakna dalam jiwa masyarakat Malaysia khususnya terhadap apa yang sedang dialami oleh rakyat Syria", Khairol Najib Hashim, Presiden PMIUM.


bm.therakyatpost.com

Selamat maju jaya Malaysia! - Majulah sukan untuk Negara

     Selamat Maju Jaya diucapkan kepada atlet-atlet Malaysia sempena Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.

     Untuk makluman umum, Sukan Komanwel kali ini bermula pada 23 July - 3 Ogos 2014. Ianya disertai seramai 4,560 atlet dari 71 buah negara yang akan bertanding untuk 18 jenis sukan dan 261 medal untuk diperoleh.

     Maskot yang dipilih pada kali ini adalah sejenis bunga thistle yang diberi nama Clyde, sempena sungai yang mengalir di Glasgow itu sendiri. Bunga itu sendiri melambangkan negara Scotland.

     Difahamkan ketika acara pembukaan perasmian, kontijen Malaysia telah mengibarkan bendera separuh tiang sempena peristiwa MH17.

     Pelanggan Astro dan NJOI diberi peluang untuk mengikuti liputan acara sukan terpilih melibatkan atlet tanah air secara khususnya menerusi Astro Arena Saluran 801. Manakala, seluruh rakyat Malaysia juga boleh menonton saluran Astro Arena menerusi Astro on the Go secara percuma.

     Doakan agar atlet Malaysia dipermudahkan urusan dan dapat mengharumkan nama negara, insyaallah.

     Apapun, Ramadan berbaki ini jangan dilupakan untuk terus istiqomah dalam amal ibadat kita. Semoga objektif puasa, iaitu menjadi insan bertaqwa dapat kita kecapi. Doakan juga untuk saudara kita di Palestin.

Ayuh, sertai kempen boikot barangan.

     Tiba masanya kita lebih serius untuk memboikot barangan yang menyumbang kepada peluru2 israel. peluru2 itu jugalah yang akan menembusi kepala2 saudara kita di palestin.

     Ya. Memboikot barang2 ini barangkali tidak mampu untuk menumbangkan Israel dan US. Tapi yang pasti ia mampu mencalarkan ekonomi mereka. Biar mereka tahu, bahawa dunia sedang mengutuk mereka !

     Jadilah seperti burung pipit pada zaman nabi Ibrahim yang cuba memadamkan api. Usaha di dunia, jawapan di akhirat.




     Hiduplah seperti pokok yg memberi 1000 bakti, bukan seperti busut semakin lama, semakin tinggi namun tidak membawa erti.

     Semoga syawal kali ini membawa erti yang sebenar untuk kita semua sebagai khalifah didunia yang fana. 

     Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya ( PMIUM ) sesi 2014/2015 kepada seluruh umat Islam amnya dan kepada seluruh warga Universiti Malaya khasnya.

     Semoga Aidilfitri kali ini benar-benar disambut sebagai kita yang pulang kepada asalnya yg fitrah ( al-aaideen ) dan berjaya ( al-faaizeen ).

Presiden: Khairol Najib Hashim
Timb. Presiden: Sobiroh Puzi
Naib Presiden: Zarin Maszalan
Setiausaha: Muhammad Ayub Md Husni
Bendahari: Khair Alimarshidi




Tuesday 22 July 2014

Rebut manfaat dalam perhitungan pemergian Ramadhan



Saki baki hari-hari terakhir Ramadhan perlu kita rabut dan gunakan dengan sebaik-baiknya agar kita tidak ketinggalan mendapat manfaat berganda dalam meniti pemergiannya. Jika 10 hari terakhir Ramadhan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan beriktikaf dan berjaga malam dengan amalan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya melaksanakan ibadah-ibadah, bagaimanakah pula dengan kita? Sewajarnya contoh yang ditunjukkan oleh Baginda dalam menghayati 10 hari terakhir Ramadhan dijadikan teladan kepada seluruh umat Islam pada hari ini.

Akhir kata, Salam Akhir Ramadhan dan Salam Lailatul Qadar buat semua umat islam dan tidak dilupakan buat saudara seislam di Ghazzah, Palestin. Semoga Allah bekalkan kekuatan dan kemenangan buat 'tentera Allah' yang berjuang di jalan-Nya.

Sobiroh Puzi,
Pengerusi HEWI PMIUM

Nikmat menghitung hari-hari terakhir Ramadhan


Hari ini Ramadhan sudah melangkah ke fasa terakhir sebelum pergi meninggalkan kita dan disambut dengan Syawal. Perhitungan hari ini adalah nikmat yang sering kita pandang 'ringan' dan lupa dalam mengejar erti berjiwa hamba.

 Kenikmatan besar dalam hari 10 terakhir bulan Ramadhan yang mulia ialah kemanisan beribadah dalam penyerahan diri kepada Dia. Rasullulah S.A.W bersungguh-sungguh beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan lebih daripada bulan-bulan yang lain.

  Ayuh, lipatgandakan usaha kita dalam menambah amalan dan memperkukuhkan ibadah agar mendapat keredhaan Allah.


Muhammad Khair bin Alimar Shidi
Bendahari Kehormat PMIUM

~PMIUM Inspirasi Bersama~

Monday 21 July 2014

Program Ihya Ramadhan bersama PASUM- "Bidadarikah Aku"


 KL:    Siti Rabiatul Adawiyah, mantan Timbalan Presiden PMIUM sesi 2013/14 dan Ahmad Aqiel Abdul Rahim, Ketua Exco Intergrasi & Kenegaraan PMIUM 2014/15 sempat meluangkan masa untuk menjayakan sebuah program Ihya Ramadhan "Bidadarikah Aku".

  Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar Pusat Asasi Sains Univesiti Malaya (PASUM). Program yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam ini lebih berfokuskan mengenai 'aurat' lelaki dan wanita dalam Islam.

  Ahmad Aqiel Abdul Rahim dalam kenyataannya, "Saya cuba membawakan perbincangan aurat ketahap yg lebih kritikal, dan cuba menanamkan "rasa jiwa hamba" sebagai kunci utk menjaga diri". 


Siti Rabiatul Adawiyah sedang berkongsi tips penjagaan aurat






 ~PMIUM Inspirasi Bersama~
 

Hidupkan 10 Akhir Ramadhan Dengan Amalan



Assalamualaikum.
Alhamdulillah kita telah menjengah fasa ke-3 ramadan. Fasa akhir ini disebutkan sebagai fasa dibebaskan dari api neraka. Fasa 10 akhir ramadan ini juga terdapat satu malam yang di sebut sebagai malam Al-Qadr di mana malam ini lebih baik daripada 1000 bulan. Berkaitan dengan malam Al-Qadr ini Allah telah merakamkannya di dalam satu surah khas yang menunjukkan betapa hebat dan besarnya nilai malam Al-Qadr ini iaitulah di dalam surah Al-Qadr.
Kebiasaannya apabila masuk sahaja 10 akhir ramadan ini, Rasulullah akan beriktikaf di masjid dan akan sentiasa mengejutkan ahli keluarganya supaya menghidupkan 10 akhir ramadan ini. Tentu besar fadilatnya lebih2 bagi sesiapa yang menjumpai malam Al-Qadr ini.
Justeru, saya menyeru agar kita semua terus istiqamah dan melipatgandakan amalan di akhir 10 ramadan. Berusahalah untuk menghidupkan 10 akhir ramadan ini dengan amalan-amalan tertentu. Jangan leka dengan persiapan AidilFitri sehingga kita terlepas ganjaran 10 akhir Ramadan ini.

Semoga kita berjumpa dengan malam Al-Qadr tersebut. Sirru ala barakatillah.


Ziarah Mahabbah Ramadhan PMIUM ke Kolej Kediaman UM


Khairol Najib Hashim, Presiden PMIUM dan Ahmad Aqiel Abd Rahim, Ketua Exco Integrasi & Kenegaraan PMIUM turut serta bersama menyampaikan waqaf Al-Qur'an untuk kegunaan penghuni kolej dan ucapan Kad Raya Aidilfitri kepada pentadbiran dan pengurusan Kolej kediaman pagi tadi dalam aktiviti " Ziarah Mahabbah Ramadhan PMIUM ke Kolej-kolej Kediaman Universiti Malaya "









~PMIUM Inspirasi Bersama

Sunday 20 July 2014

Darah Mereka Adalah Darah Kita




Bumi Gaza di PALESTIN "BERDARAH" lagi.
Ayuh..!! Ummat ISLAM Terus  lontarkan tembakan "DOA" kalian buat saudara-saudara kita di GAZA..
Moga "SENJATA" yang di sumbangkan itu..
Memberi sedikit sebanyak bantuan dan kemenangan kepada saudara kita yang sedang jihad berhadapan dengan musuh-musuh laknatullah..

Ya Allah,berilah mereka kekuatan! ya Allah tabahkan lah hati mereka!
Ya Allah,muliakan mereka! Angkatlah martabat mereka!
Kukuh & thabatkan lah kedudukan mereka!
Sesungguhnya,mereka lah orang-orang yang berjuang untuk mempertahankan agamamMU..





PMIUM akan senantiasa beriringan bersama perjuangan rakyat Gaza
menentang penindasan rejim zionis yang sudah sekian lama berlaku..
Sedang mereka menunggu syahid, jangan kita leka terbuai nikmat dunia.
Doakan saudara kita di sana..




~PMIUM Inspirasi Bersama

Saturday 19 July 2014

Ziarah Mahabbah Ramadhan PMIUM di sekitar kampus

PMIUM telah menjayakan program sempena ramadhan; "Ziarah Mahabbah Ramadhan" di sekitar UM.


Ziarah Mahabbah Ramadhan PMIUM bertemu TNC HEP di Kompleks Perdana Siswa. Presiden PMIUM, Khairol Najib Hashim menyampaikan kad Raya PMIUM dan cenderahati kpd Datok Rohana.


Friday 18 July 2014

Hubungi Kami

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA 
Promote
Phone013-442 8277
Emailpmistudio1314@gmail.com
Websitehttp://pmiumofficial.blogspot.com/

Page Facebook: https://www.facebook.com/pages/Pmium/146132832079008

Iktibar daripada MH370

 

KL : Khairol Najib Hashim, Presiden PMIUM 14/15 menyatakan ucapan takziah beliau melalui laman sosial Facebook persendirian milik beliau sebentar tadi kepada keluarga mangsa-mangsa nahas tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS),MH 17 yang membawa penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di zon konflik Ukraine.

   Beliau menyeru supaya rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada peristiwa kehilangan MH370 dan bertindak lebih matang dalam menghadapi musibah yang sedang melanda negara ini dengan tidak menyebarkan perkara-perkara yang palsu, hebohan teori konspirasi, amalan syirik dan sebagainya seperti yang sebelumnya.

     Hal ini kerana ia mampu menimbulkan tanggapan dan imej negatif dunia terhadap rakyat Malaysia dalam sesuatu isu.

    Selain itu, beliau juga menekankan tentang sikap kecaknaan terhadap satu-satu isu. Dalam cakna isu ini, isu rakyat Palestin juga tidak boleh dilupakan.

Page Facebook: PMIUM


Lailatul Qadar

Jom sibukkan diri dengan ibadah malam.
Dah 10 hari terakhir dah kita ni.
Begitu cepat masa berlalu dan begitu banyak kita membuang waktu.
Ayuh, jika tak jumpa malam lailatul qadar, tak mengapa.
Yang penting usaha itu 

Semoga Allah menerima amalan kita dan kamu semua.
Amin



Sebab Puasa?



Karya: Aiman Maripat
-Aktivis PMIUM

PMIUM turut serta dalam "Himpunan Solidariti Mahasiswa Palestin"

   KL:  Himpunan Solidariti Mahasiswa Palestin telah disertai oleh PMIUM. Himpunan ini telah berlangsung semalam iaitu 18 Julai 2014 bertempat di hadapan Masjid Tabung Haji.

 
   Presiden PMIUM, Khairol Najib Hashim mengecam tindakan Israel ke atas rakyat Palestin. Penindasan terhadap rakyat Palestin telah bermula sejak tahun 1948 lagi dan beribu-ribu nyawa manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis Israel.

    Rejim Zionis telah melakukan serangan secara 'hebat' ke atas rakyat Palestin ketika mana umat Islam gembira untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Angka korban rakyat Palestin yang meningkat kesan serangan itu telah menyebabkan banyak pihak mengecam tindakan rejim Zionis.

   Dalam kenyataannya lagi, beliau juga menggesa supaya rakyat Malaysia lebih cakna akan isu ini dan menyokong kempen "Boikot barangan Israel" dalam menyatakan solidariti kepada kesengsaraan penindasan rakyat Palestin.

     Kanyataan lain,Khairol Najib Hashim juga menyatakan ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam nahas MH17 yang membawa penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semalam.
 

Qunut Nazilah (Pray For Gaza)




JOM sama-sama amalkan doa qunut nazilah ini.
Kita bantu sekadar yang termampu.
Jangan abaikan berdoa di samping sedekah melalui harta kita.
Tembak doa bertubi2.
Moga Allah makbulkan, Insyaallah.

Pray For GAza


Sehingga kini 81 nyawa telah syahid dan lebih 700 cedera akibat serangan israel ke atas Gaza.

#PrayForGaza

~PMIUM Inspirasi Bersama

Do Don't (Ramadhan)


May the spirit of Ramadhan stay in our hearts and illuminate our souls from within
#12Ramadhan
#Pray4Gaza

Karya: Naem Nas
-Aktivis PMIUM

TAMAR'14

TAMAR
Tarbiah Menerusi Asuhan Ramadhan,
Setelah seminggu berlayar,
Akhirnya melabuhkan sauhnya kelmarin, 
Di awal pelayaran Tamar diedar,
Di tengah pelayaran..
Gelandangan disantuni,
Masyarakat ditemui,
Bubur lambuk diberi,
Ekspresi Ramadhan menjadi misi,
Melihat dunia Kay El di malam hari,
Alhamdulillah..

Moga segala aktiviti yang dilakukan di bulan berkah ini menjadi bukti,
Dia,dia dan dia adalah mereka yang berbakti,
Untuk masyarakat sekeliling,
Aminnn..
#TAMAR14

Nukilan:
Nur Syahirah Musa
Aktivis PMIUM

Pertiwi Soup Kitchen (TAMAR'14)

Hidup bergelar sebagai Mahasiswa tidak sepatutnya berlegar hanya di bilik kuliah dan kolej sahaja.

Tetapi Mahasiswa perlulah cakna terhadap kebajikan orang-orang di sekeliling kita. Masyarakat meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap Mahasiswa dan Mahasiswi. Oleh itu, buktikan bahawa kita peduli dan kita mampu mengubah nasib orang yang ditimpa kesusahan. 




*Gambar diambil selepas program gelandangan dengan kerjasama PERTIWI SOUP KITCHEN di sekitar Kuala Lumpur.

~PMIUM Inspirasi Bersama

Salam Nuzul Quran

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan,peringatan Nuzul Al- Quran.

Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri dalam pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun,yang sering kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan)

Al-Quran bukan untuk dijadikan perhiasan di dalam rak kaca di rumah semata-mata tetapi wajib menjadi perhiasan diri setiap Muslim .
Salam Nuzul Al-Quran daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan selamat bercuti.

~PMIUM Inspirasi Bersama
#Pray4Gaza


Hentikan polemik politik di Selangor - Presiden PMIUM

     PMIUM telah memberi teguran dan amaran terhadap isu polemik politik yang kian meruncing di Selangor sejak kebelakangan ini.

      Presiden PMIUM, Khairol Najib Hashim dalam kenyataannya menyatakan bahawa polemik politik yang sedang berlaku itu tidak menguntungkan rakyat dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat.
   
      Beliau juga telah mengemukakan dua tuntutan kepada kerajaan negeri Selangor berkaitan isu ini.
     
    Tuntutan yang pertama ialah kerajaan negeri Selangor perlu menyelesaikan kemelut politik yang sedang berkecamuk ini dengan segera dan menyediakan resolusi yang terbaik. Hal ini kerana menurut beliau, masalah yang berlaku dalam parti politik jelas lebih dominan berbanding isu rakyat.
 
   Selain itu, pemimpin dalam Pakatan Rakyat perlu menunjukkan keprofesionalan dalam menangani isu-isu yang timbul.

    Khairol Najib juga memberi pandangan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri Selangor perlu memberi  perhatian yang serius kepada isu-isu yang melibatkan rakyat dan komited dalam menjalankan tugas terhadap amanah yang diberikan.
 
     Dalam kenyataannya lagi, sekiranya Pakatan Rakyat tidak menyelesaikan polemik politik parti ini dengan segera dan tidak mampu menangani isu-isu rakyat seperti isu air dengan komited, Pakatan Rakyat akan hilang tampuk pemerintahan.

   

   
   
   

Selamat Bercuti & Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Selamat Bercuti & Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak buat seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Malaya khususnya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Yang baru dan telah lama dilahirkan di muka bumi ini sudah ramai yang kembali menghadap sang Pencipta. Semuanya silih berganti. Alhamdulillah, tahun ini Allah masih beri keizinan serta kesempatan untuk kita merasai dan menikmati keizzahan bulan Ramadhan yang mulia.

Semoga ramadhan kali ini bukan yang terakhir buat kita. Dan semoga pada penghujung madrasah ramadhan kali ini dapat melahirkan kita semua sebagai insan yang suci bersih dengan maghfirah dari-Nya dan menjadikan kita hamba yang taat serta bertaqwa di sisi Rabbul Izzati.. Selamat menunaikan ibadah buat semua umat Islam di dunia dengan penuh rasa cinta dan rindu pada-Nya. Semoga ia menjadi titik mula kepada istiqamah pada hari muka.

Sobiroh Puzi
Timbalan Presiden PMIUM

~PMIUM Inspirasi Bersama
#TAMAR14

Selamat Menghadapi Peperiksaan


Pintu medan juang peperiksaan kian hampir,
menanti kehadiran para pejuang bergelar mahasiswa yang bersenjatakan pena dengan azam berkobar di dada untuk lulus dengan jayanya...
Adakah anda sudah bersedia wahai pejuang muda??

Ayuh, mulakan langkahmu dengan senjata persediaan yang mantap untuk merealisasikan azam cemerlang di dalam peperiksaan...
Doa daripada kami mengiringi langkah kalian ke medan peperiksaan...
Semoga berjaya !

"Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".
Surah Ali-Imran : Ayat 159

~PMIUM Inspirasi Bersama
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya

Saturday 5 July 2014

PMIUM jalin pertemuan Mahabbah dengan PEMBINA

Sejurus tersebar berita palsu kononnya PEMBINA cuba untuk merampas takhta kepimpinan PMIUM, Presiden PMIUM yang baru di lantik Khairol Najib Hashim lantas membuat pertemuan mahabbah bersama beberapa orang pimpinan PEMBINA hari ini. Antaranya Timb Presden 1 PEMBINA, Saudara Uzair.

Ianya bagi memastikan isu yang tersebar selama ini dapat di jernihkan semula dan agar tidak berlaku permusuhan antara kedua-dua belah Pihak.

Hasil pertemuan tersebut, masing-masing bersetuju bahawasanya Gerakan Islam terutamanya yang berada di Kampus dapat mencari titik persamaan dan juga dapat mengurangkan perbezaan antara mereka serta mampu mengeluarkan idea dan cadangan yang bernas bagi menarik minat anak muda bersama dengan mereka.

Khairol Najib juga turut menjelaskan PMIUM tidak pernah sama sekali untuk membawa ajaran islam yang liberal apatah lagi yang membawa kepada kesesatan. Tetapi beliau menjelaskan PMIUM cuba untuk mengamalkan sikap keterbukaan selagi mana perkara tersebut tidak bercanggah dengan ajaran islam yang sebenar

Khairol Najib Hashim Presiden Perstuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
(PMIUM) 




Selesai pertemuan bersama saudara Uzair, Majlis Pembina bersama Saudara Rais Pembina Um dan saudara Lukman JK Politik Kampus Pembina Pusat. 



M16: Presiden PMIUM gesa AUKU segera dimansuhkan

Kuala Lumpur: Presiden PMIUM,saudara Khairol Najib bin Hashim menggesa agar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan.

Menurut beliau,Menteri Pendidikan Malaysia perlu memandang serius dalam hal ini dan merasakan AUKU sudah tidak lagi relevan untuk diaplikasikan.

“AUKU telah banyak menyekat mahasiswa untuk bersuara.Apa sahaja suara yang seakan-akan bertentangan dengan hasrat kerajaan,mahasiswa pasti akan dikenakan tindakan.Di mana nilai demokrasi yang cuba diperjuangkan oleh kerajaan?”

“Pindaan akta yang berlaku sebelum ini hanya memberi kelebihan pada parti politik,tetapi akta ini masih lagi memberi kuasa pada universiti untuk menyekat suara mahasiswa.”

Presiden PMIUM juga menyatakan solidariti terhadap 16 orang mahasiswa UMS Kampus Antarabangsa Labuan [M16 UMSKAL] yang didakwa di bawah AUKU.-mahasiswakini


http://mahasiswakini.net/content/m16-presiden-pmium-gesa-auku-segera-dimansuhkan


Pendaftaran ahli

Hubungi Kami

Email Official: pmium123@gmail.com
Link Facebook: https://www.facebook.com/
Page Pmium Official: https://www.facebook.com/pages/Pmium/146132832079008?ref=hl

Atau terus hubungi kami di talian : 013-4428277

"Pelancaran Ops Keselamatan Wanita" FASA 1



Telah selesai "Pelancaran Ops Keselamatan Wanita" FASA 1.

Team Hewi Pmium dengan kerjasam SIM telah melancarkan ops tersebut sebentar tadi di kawasan main bustop um, lrt stesen universiti dan pasar tani berhampiran perumahan di stesen universiti.

Alhamdulillah, sambutan yang sangat baik dan menggalakkan daripada masyarakat sekitar yang ditemui dan komentar positif dari peniaga-peniaga atas kempen yang telah dilancarkan.

Inshaa Allah, ops keselamatan wanita ini tidak hanya tamat di sini, untuk tindakan selanjutnya kita akan adakan pertemuan dua hala antara wakil mahasiswi dengan YB Dato' Sri Rohani Hj Abd Karim, Menteri Pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di Kementerian. Sebarang fasa susulan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Jangan lupa, "KEEP ON MIND, Always Be Carefull"

#AlwaysBeCarefull
#BebaskanWanitaDariAncamanKeganasan