Friday 18 July 2014

PMIUM turut serta dalam "Himpunan Solidariti Mahasiswa Palestin"

   KL:  Himpunan Solidariti Mahasiswa Palestin telah disertai oleh PMIUM. Himpunan ini telah berlangsung semalam iaitu 18 Julai 2014 bertempat di hadapan Masjid Tabung Haji.

 
   Presiden PMIUM, Khairol Najib Hashim mengecam tindakan Israel ke atas rakyat Palestin. Penindasan terhadap rakyat Palestin telah bermula sejak tahun 1948 lagi dan beribu-ribu nyawa manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis Israel.

    Rejim Zionis telah melakukan serangan secara 'hebat' ke atas rakyat Palestin ketika mana umat Islam gembira untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Angka korban rakyat Palestin yang meningkat kesan serangan itu telah menyebabkan banyak pihak mengecam tindakan rejim Zionis.

   Dalam kenyataannya lagi, beliau juga menggesa supaya rakyat Malaysia lebih cakna akan isu ini dan menyokong kempen "Boikot barangan Israel" dalam menyatakan solidariti kepada kesengsaraan penindasan rakyat Palestin.

     Kanyataan lain,Khairol Najib Hashim juga menyatakan ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam nahas MH17 yang membawa penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semalam.
 

No comments:

Post a Comment