Friday 18 July 2014

Hentikan polemik politik di Selangor - Presiden PMIUM

     PMIUM telah memberi teguran dan amaran terhadap isu polemik politik yang kian meruncing di Selangor sejak kebelakangan ini.

      Presiden PMIUM, Khairol Najib Hashim dalam kenyataannya menyatakan bahawa polemik politik yang sedang berlaku itu tidak menguntungkan rakyat dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat.
   
      Beliau juga telah mengemukakan dua tuntutan kepada kerajaan negeri Selangor berkaitan isu ini.
     
    Tuntutan yang pertama ialah kerajaan negeri Selangor perlu menyelesaikan kemelut politik yang sedang berkecamuk ini dengan segera dan menyediakan resolusi yang terbaik. Hal ini kerana menurut beliau, masalah yang berlaku dalam parti politik jelas lebih dominan berbanding isu rakyat.
 
   Selain itu, pemimpin dalam Pakatan Rakyat perlu menunjukkan keprofesionalan dalam menangani isu-isu yang timbul.

    Khairol Najib juga memberi pandangan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri Selangor perlu memberi  perhatian yang serius kepada isu-isu yang melibatkan rakyat dan komited dalam menjalankan tugas terhadap amanah yang diberikan.
 
     Dalam kenyataannya lagi, sekiranya Pakatan Rakyat tidak menyelesaikan polemik politik parti ini dengan segera dan tidak mampu menangani isu-isu rakyat seperti isu air dengan komited, Pakatan Rakyat akan hilang tampuk pemerintahan.

   

   
   
   

No comments:

Post a Comment