Monday 21 July 2014

Hidupkan 10 Akhir Ramadhan Dengan Amalan



Assalamualaikum.
Alhamdulillah kita telah menjengah fasa ke-3 ramadan. Fasa akhir ini disebutkan sebagai fasa dibebaskan dari api neraka. Fasa 10 akhir ramadan ini juga terdapat satu malam yang di sebut sebagai malam Al-Qadr di mana malam ini lebih baik daripada 1000 bulan. Berkaitan dengan malam Al-Qadr ini Allah telah merakamkannya di dalam satu surah khas yang menunjukkan betapa hebat dan besarnya nilai malam Al-Qadr ini iaitulah di dalam surah Al-Qadr.
Kebiasaannya apabila masuk sahaja 10 akhir ramadan ini, Rasulullah akan beriktikaf di masjid dan akan sentiasa mengejutkan ahli keluarganya supaya menghidupkan 10 akhir ramadan ini. Tentu besar fadilatnya lebih2 bagi sesiapa yang menjumpai malam Al-Qadr ini.
Justeru, saya menyeru agar kita semua terus istiqamah dan melipatgandakan amalan di akhir 10 ramadan. Berusahalah untuk menghidupkan 10 akhir ramadan ini dengan amalan-amalan tertentu. Jangan leka dengan persiapan AidilFitri sehingga kita terlepas ganjaran 10 akhir Ramadan ini.

Semoga kita berjumpa dengan malam Al-Qadr tersebut. Sirru ala barakatillah.



Mohamad Zarin Bin Maszalan
Naib Presiden 
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya sesi 2014/2015


#PMIUM
#InspirasiBersama

No comments:

Post a Comment