Sunday 7 September 2014

Aktivis PMIUM kemalangan sehari selepas majlis akad nikah.

Sepasang suami isteri yang baru sahaja diijab kabulkan 2 hari yang lalu terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan pulang untuk menghadiri majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki.

Kedua-dua pasangan suami isteri ini merupakan aktivis PMIUM. Edikoup Lakip Sediyanto, mantan presiden PRO-M nasional dan Siti Rabiatul Adawiah,mantan Pengerusi Hewi terlibat dalam kemalangan itu kira-kira jam 12.35 malam tadi.

Walaubagaimanapun, keluarga kedua-dua aktivis ini selamat manakala di pihak yang lain seorang dikhabarkan cedera parah dan seorang lagi meninggal dunia.

PMIUM mengucapkan takziah kepada kedua-dua pihak yang terlibat.




Sumber : Laman sosial Facebook milik Edikoup

No comments:

Post a Comment