Saturday 6 September 2014

Akta Hasutan 1948:Mantan Presiden PMIUM, dipenjara 10 bulan

      Mantan presiden PMIUM, saudara Safwan Anang dikenakan hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Seksyen dalam perbicaraan kes dibawah Akta Hasutan 1948 semalam. 

      Beliau diputuskan bersalah kerana dikatakan memberi ceramah yang mengandungi elemen hasutan. 

       Pada 29 Mei tahun lalu, Safwan Anang mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas beliau atas dakwaan memberi ucapan hasutan supaya menukar kerajaan dengan cara yang tidak sah. 

       Penangguhan perlaksanaan hukuman dibenarkan oleh mahkamah dengan ikat jamin yang mulanya berjumlah RM5,000 telah dinaikkan kepada RM15,000 ringgit. 

      Dalam pada itu, beberapa aktivis mahasiswa termasuklah PMIUM telah mengadakan satu piket untuk menyatakan bantahan terhadap Akta Hasutan 1948 kerana sudah tidak relevan dan "double standard" . 

       Beberapa figura lain termasuklah disabitkan dibawah akta ini atas kes yang berasingan. Antaranya ialah Prof Azmi Sharom yang sedang menghadapi perbicaraan kerana mengeluarkan kenyataan walaupun atas dasar kapasiti akademik.     


Mantan Presiden PMIUM, saudara Safwan Anang yang dihukum penjara 10 bulan atas akta hasutan, akhirnya berjaya diikat jamin berjumlah RM 15 000. Turut bersama beliau, Presiden PMIUM, Khairol Najib, Naib Presiden PMIUM, Zarin Maszalan, Exco Ekonomi PMIUM, Taufiqurrahman dan Presiden Pro Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin.



No comments:

Post a Comment