Adakah anda sudah bersedia untuk
menyambut tahun baru ini??
Cuba kita imbau kembali saat suka
dan duka pengalaman diri sendiri. Jangan lupa untuk kita sama-sama bermuhasabah
dengan apa yang telah berlaku pada negara kita sepanjang 2014.Tanpa menafikan
2014 banyak meninggalkan memori pahit seperti siri-siri bencana alam yang
menimpa rakyat tidak mengira siapa, kesempitan kewangan yang melanda rakyat
Malaysia, dengan musibah yang melanda kapal aset negara, cukuplah menjadi
pengajaran kepada kita semua supaya bersatu hati dalam menjaga keharmonian,
keamanan dan keadilan Negara.
Namun segala musibah ini tidak
menjadikan kita semakin lemah, malah segala musibah yang berlaku perlu
menjadikan kita lebih tekun dan bersemangat dalam menempuh hidup yang lebih
mencabar di kemudian hari.
“Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang
pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Kita boleh mengambil iktibar
daripada ayat ini, bahawa kita sebagai hambaNYA perlu berusaha memastikan
kelangsungan hidup kita yang lebih baik. Semoga tahun 2015 ini adalah tahun
yang paling bermakna dan sentiasa bersedia menempuhi segala cabaran yang
mendatang.
Bagi Mahasiswa UM yang akan
menempuhi peperiksaan akhir semester, pastinya sudah tersemat azam baru di
tahun yang baru ini untuk lulus dengan cemerlang & mengecapi kejayaan.
Ayuh mulakan langkahmu dengan
persediaan yang mantap untuk merealisasikan azam tersebut. Doa daripada seluruh
barisan kepimpinan PMIUM akan mengiringi langkah kalian ke medan peperiksaan.
Semoga Berjaya !
" Kejayaan seribu tahun akan
datang bermula daripada Inspirasi & langkah yang pertama "
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti
Malaya sesi 2014/2015
PMIUM | Inspirasi Bersama
No comments:
Post a Comment