Lagi,
pentafsir al Quran jadian berpangkat Tun mengguna pakai Al Quran untuk
membantutkan nilai kemahasiswaan. Sudah muak mendengar tafsiran seorang yang
hanya semata-mata akal menjadi rujukannya. Dahulu melontarkan kepada marhaen
didalam satu forum dengan dakwaan, mana ada hudud di dalam Al Quran. Ia
hanyalah rekaan ulama sahaja. Kini sekali lagi dengan megah ketika menyampaikan
ucaptama bertajuk ‘Hala Tuju Melayu Islam Menuju Wawasan 2020’ pada Konvensyen
Kepimpinan Melayu Muda Nusantara (NUSA’14) di Kuala Lumpur berkata, manada ayat di dalam Al Quran yang
menyuruh pergi berdemo.
Sudahlah
wahai Tun, sudah 40 tahun kamu merantai serta memandomkan anak muda yang
bergelar mahasiswa dengan Auku itu. Dek kerana kamu takut dengan
"Mahasiswa Progresif" yang membawa suara kebenaran, yang membela
masyarakat tempatan dan yang mahu menumbangkan kezaliman, kamu cipta racun Auku
yang merapuhkan serta melembabkan Generasi muda kamu sendiri.
Racun kamu
hanya mampu melemahkan namun tidak sekali mematikan semangat Mahasiswa. Desakan
demi desakan mahasiswa lakukan, Racun Auku dipinda dan terus dipinda dan 2012
di bawah kepimpinan Dato Saifudin Abdullah, rombakan terbesar didalam Auku
dilakukan.
Jika anak
kecil boleh lah di permainan dengan hujah palsu berkenaan. Tapi ini mahasiswa.
Golongan yang punya idealisme, intelektualisme yang merupakan aset penting
kebanggaan sesebuah negara. Al Quran tidak diturunkan dan hanya untuk dibaca
serta difahami. Di sebaliknya ada banyak ilmu yang perlu kita pelajari dan
kuasai untuk memahami dan melaksanakan tuntutan di dalamnya.
Siapa kata
didalam Al Quran tidak ada seruan
berdemo? Buka al Quran dan baca surah al imran ayat 104 yang mana menyatakan,
"dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang
berjaya."
Kami
mahasiswa. Mahu jadi orang yang berjaya. Justeru itu, kami tidak jemu dan lelah
memperjuangkan kebaikan dan menumbangkan kezaliman dan kemungkaran. Demo itulah
salah satu wasilah(cara) untuk menyampaikan mesej kepada penzalim bahawasanya
kezaliman itu akan terus menerus ditentang.
Muhammad
Syazmee Sapian
Mahasiswa
Tahun 1 Universiti Malaya
Aktivis
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
PMIUM | Inspirasi Bersama
No comments:
Post a Comment