Tajuk Puisi: Mahasiswa Perintis Negara
Mahasiswa, engkau bagai telur yang
masih belum menetas,
Engkau bagai bunga yang baru
bertunas,
Engkau bagai anak bulan yang baru
timbul,
Pelbagai perasaan bercampur baur
yang timbul,
Itulah naluri seorang mahasiswa,
Namun, adakah ianya berwibawa?
Adakah ianya berpatutan?
Adakah ianya mengikut peredaran?
Masa, itulah yang dimaksudkan,
Peredaran masa yang tidak
berkekalan,
Fikir, fikirlah sedalamnya,
Fikir, fikirlah sebaiknya,
Benar, benar kau berjasa,
Namun, janganlah kau membuang masa,
Lakukanlah yang sepatutnya,
Kerana kau masih belum berjaya,
Kerana kau harus berusaha,
Menampilkan Mahasiswa Perintis
Negara.
CERPEN
Setahun
sudah berlalu, hatiku dikunjung pilu. Entah mengapa, di pagi yang dingin ini,
aku, Fadhli, yang kini bergelar Mahasiswa di salah sebuah universiti terkemuka,
terkenangkan perjuanganku semasa berada di salah sebuah institusi yang tidak
begitu terkemuka suatu masa dahulu. Di saat itu, segala tugasan bagai
“dicincang halus” apabila diterima daripada para pensyarah. Masa berganti masa,
hari berganti hari, aku tetap berada di suatu sudut, melakukan pekerjaanku
sebagai seorang Mahasiswa. Gah ku rasakan dengan panggilan Mahasiswa. Namun,
adakah kekukuhan yang ada pada diriku kini mampu melalui cabaran-cabaran hidup
di alam selepas alam Mahasiswa yang seakan-akan “peluru tentera Israel” yang
menghujani dari semasa ke semasa.
Gayanya,
persoalan ini timbul hasil daripada pengalaman mendengar dan melihat sendiri
satu persatu teman seperjuangan pada suatu ketika dahulu yang pernah
bersama-sama berkongsi bantal, bersama-sama menjamu selera, bersama-sama
bersuka ria, dan bersama-sama di dalam perjuangan yang menggunakan sebatang pen
dan akal sebelum memulakan langkah-langkah perjuangan, gugur di medan
peperangan.
Perlahan-lahan
aku bangun dari baringanku di atas tilam yang empuk yang disediakan oleh pihak
pengurusan kolej kediamanku. Aku duduk di atas kerusi sambil jari-jemari ku
menekan butang-butang yang ada pada komputer ribaku yang membolehkan ku mencari
informasi yang menarik mengenai dunia pekerjaan di Malaysia.
Carianku
tidak mengecewakan kerana bila ditaip sahaja sesuatu topik, pastinya deretan
rangkaian oleh pelbagai laman sesawang dapat dilihat. Kepelbagaian informasi
terhasil daripada kepelbagaian bangsa dan negara menunjukkan betapa mudahnya
misi mencari informasi dapat dilakukan pada masa kini. Teknologi yang semakin
maju dan semakin pesat sehinggakan anak kecil yang baru sahaja pandai membaca,
mampu menelaah kepelbagaian teknologi yang ada di negara yang semakin popular
pada tahun 2014 kini hasil dari kepelbagaian tragedi di peringkat global.
“Hang
dok buat pa?” Terdengar sayup di belakangku. Aku pandang rakan sebilikku yang
baru bangun dari tidur.
“Aku
tengah online la der….” Aku menjawab baik soalannya. Dia memandangku dengan
wajah yang pasrah dan amarah. Aku fahami bisikan hatinya. Dia mahukan cahaya
dimansuhkan buat sementara waktu. Aku pun kembali ke kamar.
Mentari
terbit tinggi di bahagian atas kepala. Kebaikannya ialah, hari ini merupakan
hari ahad. Kelewatan bangkit dari lena yang nyenyak tidak menjadi satu masalah
bagi mahasiswa mahupun mahasiswi kerana tiada komitmen di fakulti pada kebiasaannya
pada hari sebegini. Namun, sebagai mahasiswi, kebiasaannya, ianya agak
memalukan kerana bergelar wanita bukanlah mudah kerana segala gerak-geri sering
dinilai dan dipertikai dari pelbagai lapisan masyarakat lebih-lebih lagi
golongan wanita itu sendiri yang sememangnya mementingkan disiplin dan
peradaban yang baik sama ada belum atau sudah kahwin kerana wanita sememangnya
permata yang indah di dunia yang menjadi pengganti bidadari syurgawi.
Aku
kembali terjaga. Aku laksanakan hasratku untuk melabur di Bank Rakyat, Bank
Pilihan Anda, buat seketika. Selesai melaksanakan hasratku, aku kembali
melakukan kajian mengenai realiti kehidupan graduasi-graduasi di Malaysia. Aku
terbaca pelbagai cerita-cerita yang menarik di mana antaranya graduasi yang masih
menganggur setelah bertahun lamanya bergraduasi dari universiti-universiti,
kolej-kolej dan lain-lain institusi pengajian tinggi yang ada di Malaysia
mahupun luar negara. Ianya begitu menarik. Ianya adalah realiti kerana aku
sendiri pun tahu bahawa sememangnya ramai yang tidak mempunyai pekerjaan yang
mengikut kelayakan sehingga kini.
Aku
keluar bersiar-siar. Aku duduk di suatu sudut di Tasik Varsiti. Aku terdengar
perbualan sekumpulan mahasiswi yang membincangkan topik pekerjaan selepas
bergraduasi. Bukanlah niatku untuk mencari tahu apa yang dibincangkan, tetapi,
nada vokal yang mantap menjadikan telingaku dengar satu persatu patah perkataan
yang dikeluarkan dari bibir manis gadis ini. Terangsang seketika.
“Saya
kalau boleh, habis belajar ni, saya nak apply kerja di company-company
terkemuka je… Yelah… Kita pun keluar dari universiti terkemuka kan?” Rangsangan
yang ada mulai kendur.
“Mak
ai…. Camtu lak???” Suara hatiku berbicara. wanita itu menyambung lagi sambil
memastikan perjalanan kumpulan ini berterusan meninggalkan kawasan yang
dikuasai olehku ketika itu. Hahahahha.
“Saya
tak nak la nanti orang kata saya kerja biasa-biasa je…” Disambungnya lagi. Aku
yang mendengar, seakan-akan mahu melemparkan kasut saiz 8 ke wajah ayu wanita
ini.
“Kau
biar betul! Sekarang nak cari kerja pun susah, kau nak berlagak pulak…Gila
punya orang…Jangan sampai tak kerja sudah….” Hatiku berbisik tanpa disedari
oleh ku. Romantis bunyinya. Hahahhaha.
Aku
pulang ke bilik. Setibanya di bilik indahku, aku terima panggilan dari seorang
rakan sekampung. Aku menjawab panggilan terbabit.
“Ya,
bang… Lama tak dengar cerita… Sayang rindu abang…” Kataku padanya, sekadar
gurauan. Ianya perkara biasa di antara rakan-rakan ku.
“Ala
yang… Abang bukan apa.. Busy sikit…Hhahaha..Hotak hang!” Rakan ku melayan
gurauan ku sambil tertawa di hujungnya. Aku pun bertanya khabar dan berbual
panjang bersama rakanku itu. Setelah sekian lama berbual, dia nyatakan sesuatu
kepadaku.
“Aku
sekarang ni, tengah berjinak-jinak dalam bisnes…” Kata rakanku itu. Aku
terpersona dengan kata-katanya.
“Wah….
Hebat… Asyuk tu…. Bisnes apa tu?” Aku bertanya.
“Bisnes
elektrikal.” Jawabnya.
“Bagus…
Bagus… Hang ada sijil elektrik kan?” Aku memastikan satu butiran mengenai
rakanku ini.
“Ya…
Aku sijil ja…Bukan cam hang.. Ada diploma..” Katanya kepadaku. Hatiku terguris
kerana merasakan dia berasa rendah diri terhadapku. Air mata hampir mengalir.
Aku tarik nafas sedalamnya.
“Alamak
ai… Ke situ pula… Come on la! Tak semestinya aku lebih baik dari hang….” Aku
katakan padanya. Kami meneruskan perbualan sehingga aku perlu keluar untuk
melakukan tugasan pentingku. Perbualan kami ditamatkan olehku dengan baik.
Dalam
perjalan ke lokasi tugasanku, aku terfikir akan apa yang dibualkan bersama
rakan sekampung tadi melalui panggilan telefon.
“Bisnes…
Sijil…. Ada sijil buat bisnes… Okay juga… Ada ijazah… Kerja dengan orang…
Hmmm?????” Aku terfikir. Realiti kehidupan kini makan gaji adalah lebih
sengsara berbanding berniaga. Namun, perniagaan yang tidak bermaya adalah lebih
sengsara berbanding makan gaji. Penantian untuk mendapatkan kerja adalah
sesuatu yang memenatkan berbanding penyediaan perniagaan yang konsisten.
“Hmmm????”
Aku masih berfikir.
“Adakah
baik untukku melakukan perkara yang sama?”Aku masih berfikir. Maka, adalah
lebih baik diukur baju pada badan sendiri dan tepuk dada tanya selera.
Persoalannya? Mampukah aku bersama menjadi usahawan? Jika ya, pasti akan aku
usahakan demi masa depan ku yang lebih baik kerana sememangnya mempunyai
kelulusan bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Namun, pendapatan yang baik
adalah sesuatu yang patut disyukuri oleh setiap insan.
NAMA PENUH: AHMAD FADHLI BIN AB WAHAB @ MASRI
NAMA PENA: FADHLI WAHAB
FAKULTI: FAKULTI SAINS KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLUMAT
TAHUN PENGAJIAN: 2
No comments:
Post a Comment