Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
Saturday, 31 January 2015
KONSEP NAQIBAH : PERANAN & TANGGUNGJAWAB
Pagi tadi saya dijemput Badan Dakwah & Kepimpinan Islam (BAKIS) Maahad Muhammadi Pasir Pekan untuk menyampaikan Kuliah Subuh bertajuk "Peranan & Tanggungjawab Naqibat" sempena program Nadwah Nuqaba'. Peserta terdiri daripada naqibah-naqibah dari Tingkatan 3 hingga 6.
Saya tanyakan kepada mereka apa itu maksud naqibah.
Ada yang menjawab, "daei", "pemimpin", ada yang bagi jawapan mudah. "ketua kepada ahli usrah".
Saya bawakan kepada mereka konsep Naqibah sebagai seorang DUTA (1).
Ya. Duta kepada Islam. Bertitik tolak dari makna duta, naqibat akan membawa idea dan perwatakan perkara atau organisasi yang dia sedang "dutai". Jadi, mereka sebagai duta yang membawa nama Islam.
Itu peranan atau tanggungjawab yang pertama.
Seterusnya saya ulas konsep peranan dan tanggungjawab dalam Islam. Peranan (دور) dan tanggungjawab (تكليف) ialah perkara-perkara yang akan dipersoalkan nanti di Akhirat. They are things that you must do. Ia perkara yang berat dan besar. Tapi dalam Islam, kita diajar ayat Quran
"لا يكلف الله نفسا إلا وسعها". Jadi, kita akan mampu dan boleh untuk melaksanakannya walaupun ia berat.
Perkara-perkara lain yang perlu naqibah buat, sampaikan dan terapkan kepada ahli usrah (ini dia peranan dan tanggungjawab naqibah mengikut pandangan aku. haha) :
2) Bawa nama Islam.
- Betapa nama Islam telah dicemari dengan ekstrimis, jumud, tertutup, tak terbuka, kolot, dan sebagainya.
3) Semai nilai ketauhidan.
- kita kena bagitahu adik2 usrah yang kita kena yakin dan percaya dengan Allah, seterusnya akan membawa kita kepada konsep إحسان
(أن تعبد الله كأنك تراه ، إن لم يكن فإنه يراك), dan kita akan berjaga-jaga pada setiap masa. Kedua, nilai ketauhidan sebagai solusi segala permasalahan. Bunyinya agak retorik, tapi saja tak nak ulas panjang2, tak reti dan takut diorang tak faham dan aku yang melalut nanti
4) Jadikan 24 jam hidup sebagai ibadah.
- mudah saja, niatkan segala perbuatan kerana Allah dan kerana ingin membuat ketaatan kepada-Nya. maksud ibadah secara umum
"كل عمل فيه طاعة الله"
- amalkan juga sentiasa berada dalam keadaan wudhu' pada setiap masa.
5) Qudwah.
- ini peranan dan tanggungjawab dari sudut akhlak. saya sarankan mereka mencari seorang atau ramai tokoh untuk dijadikan qudwah. bila dah ada, kaji kehidupan dan pemikiran mereka. kemudian, boleh usrahkan benda tu. dalam politik kita perlu ada seorang tokoh, dalam belajar perlu ada, begitu juga dalam bidang lain. Manakala jawapan selamat yang selalu diberikan ialah, Nabi Muhammad SAW sebagai qudwah hasanah. Ya betul. Nabi Muhammad memang wajib dijadikan qudwah. No argument. Sekarang kita nak tokoh yang betul-betul kita boleh tengok dengan mata kepala kita. Biar sampai satu masa, ahli usrah jadikan naqibah sebagai qudwah. Biar mereka rasa, naqibah aku ini seorang yang amalkan apa dia cakap dalam usrah. bukan kecek sajo.
6) naqibah kena buat usrah lah, apa lagi
- usrah sekadar nama, konsepnya luas. jenamakan lah usrah ke dalam pelbagai jenama untuk menarik ahli usrah dan menjadikan ia menarik grin emoticon
yang penting, jangan sampai tak buat usrah
- sempat berkongsi nama yang dipakai di UM, "USRAH GIGS"
- bagi task kepada ahli usrah, kemudian mereka bentangkan dalam usrah
- usrah is life (ayat biasa - usrah bermula dengan tasbih kaffarah). jangan dalam usrah je bercakap, kat luar senyum pun tidak dengan ahli usrah.
7) budayakan ilmu
- sesebuah tamadun terbentuk dari budaya. bagaimana Kota Baghdad dan ilmuan-ilmuan hebat Islam lahir.
- saya sentuh mengenai betapa kita di Maahad belajar banyak perkara, tapi malangnya kita hanya banyak "hafal dan muntahkan segalanya dalam kertas exam". maka tiada mana kita belajar semua tu. itu kita belum bercakap lagi pasal amanah dengan ilmu, dosa bila lupa apa yang dihafal (quran hadith)
- gunakan media sosial sebagai medan membudayakan ilmu. buat group whatsapp usrah, berpagi-pagi dengan sebaran ilmu atau tazkirah di situ. bukan berwhatsapp untuk chatting dengan awek je !
8) bawa tarbiyah
- kita selalu bercakap tarbiyah ini khusus, ia proses pembinaan
- tapi adakah usrah yang kita jalankan (membaca buku manhaj qurani kemudian selesailah usrah) menepati makna tarbiyah ? kalau sekadar nak baca, ahli usrah boleh baca lagi best dari kau la !
- ingat balik jenis2 tarbiyah ('aqliah, ruhiyah, jasadiyah, 'amaliyah dsb). sebenarnya kalau tengok balik, jenis2 tarbiyah ni sudah ada dalam point2 di atas.
ada yang tanya soalan macam mana nak lahirkan ahli usrah yang sama fikrah dengan kita. aku jawab, terangkan kepada mereka apa itu Islam, nescaya mereka akan berfikir dan punyai gaya fikir (fikrah) seperti kita.
ada soalan macam mana nak semai mahabbah antara ahli dan naqib. aku jawab, ikat hati dan semaikan ketauhidan. macam mana ahli nak sayang naqib kalau naqib pun buat usrah sebagai cukup syarat je ?
sebelum berakhir, aku pesan satu ayat.
"pelajar maahad semua Islam, dalam semua Islam tu ada berapa orang yang sedar nak jadi naqib (nak buat kerja Islam), ada berapa yang nak datang program, dalam program ada berapa yang faham pengisian dan apa yang urusetia nak terapkan, dalam yang faham tu berapa ramai yang sedar, dan berapa ramai yang nak sebarkan dan buat kerja bila dah balik maahad nanti"
*naqibah = singular. naqibat atau naqibah-naqibah = plural
Dikongsi daripada :
Shahrulanwar https://www.facebook.com/muhammad.shahrulanwar/posts/951696648175476
Penulis adalah merupakan ahli PMIUM daripada mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM, tahun pertama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment