Bumi
perjuangan Islam tidak pernah sunyi dengan dentuman fitnah dan kebencian
musuhnya . Notis penangkapan tokoh modernisasi islam Dr Yusuf Qardawi ini,
melambangkan betapa risaunya seteru islam akan kelantangan hujah dan ketajaman
mata pena seorang ulamak berjiwa haraki.
Meneliti
sirah perjuangan, menunjukkan pejuang islam tidak disediakan bantal empuk dalam
episod perjuangan. Pasti dan mesti akan dihujani ancaman fitnah, juga halangan
demi halangan demi menghalang mentari kebenaran sampai pada jiwa masyarakat.
Begitulah sikap firaun moden senantiasa menggegarkan otak mereka mencari helah
menangkap pembawa panji agama.
Lihatlah
tokoh Mujaddid Islam imam Hassan Al banna, diberi tekanan dan tohmahan akhirnya
beliau ditembak pada 12 Februari 1949. Malah beribu ribu pengikutnya dihumban
ke dalam jeriji penjara . Tidak dilupakan juga Ustaz Abu Bakar Al Baqir
pengasas hizbul Muslimin di Malaysia, gerakan Islam yang difitnah dan dikatakan
bahaya daripada gunung oleh penjajah. Akhirnya Ustaz Abu Bakar Al baqir dipenjara
selamat 4 tahun 3 bulan. Begitu juga kisah pejuang Islam yang lain, sentiasa
berhadapan dengan mehnah dunia yang penuh dengan kezaliman.
Maka saya
menyeru kepada semua muslimeen yang masih punya kerdipan Iman. Pertahankanlah
mutiara Islam alaf ini, dr yusuf qardawi seorang ulamak yang sentiasa memberi
nafas segar kepada kefahaman agama. Fatwanya selalu diambil sebagai rujukan
semasa. Jangan biarkan mutiara ini dicalar oleh tangan- tangan pembenci.
Tanpa ragu
lagi semua pertubuhan Islam perlulah mengecam sekeras - kerasnya tindakan
interpol ini. Kerajaan Malaysia juga perlu memberikan kenyataan yang jelas
mempertahankan Dr Yusuf Al Qardawi yang pernah mendapat pengiktirafan daripada
kerajaan Malaysia sendiri, sebagai tokoh maal hijrah peringkat antarabangsa
pada tahun 2009.
Ulamak itu
pewaris nabi. Doakan semoga mereka sentiasa dilindungi.
Ahmad Rifhan Mujaddid
Tahun 2, Fakulti Sains
Aktivis Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya ( PMIUM )
PMIUM | Inspirasi Bersama
No comments:
Post a Comment