Saturday 2 August 2014

Piket Aman "Selamatkan Anak-anak Gaza" berjalan lancar.

 

http://www.sinarharian.com.my/nasional/ini-bukan-perang-ini-pembunuhan-kaum-1.304339



 KL:    Piket aman "Selamatkan Anak-Anak Gaza" berlangsung petang semalam berjalan dengan lancar.

      Piket yang dianjurkan oleh Viva Palestin Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif ini telah dihadiri oleh ribuan rakyat Malaysia bagi menunjukkan solidariti ke atas kesengsaraan yang sememangnya dihadapi oleh rakyat Palestin.

     Antara peserta yang turut sama hadir ialah Timbalan Exco Penerbitan dan Komunikasi, Rabiatul Adawiyah bt Abdul Rahman.

     "Kehadiran rakyat Malaysia pada hari ini telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah faham dan cakna akan isu Palestin", katanya.

      Beliau juga menyeru kepada rakyat Malaysia agar meneruskan usaha 'boikot barangan Israel' yang semakin menampakkan hasil.

~PMIUM Inspirasi Bersama~




No comments:

Post a Comment