Saturday 2 August 2014

Malaysia sebagai propaganda Israel - Pengerusi Hewi

      Malaysia dikejutkan dengan isu "Malaysia sebagai tempat latihan ketenteraan Hamas di Palestin".

     Sebuah portal rasmi milik Israel telah memuatnaik sebuah artikel yang mengatakan bahawa Malaysia menjadi tempat latihan ketenteraan Hamas.

      Menurut artikel tersebut, maklumat itu diperoleh daripada salah seorang tentera Hamas berdasarkan risikan yang telah dilakukan oleh pihak Israel.

      Pengerusi Hewi PMIUM, saudari Sobiroh Puzi menyelar tuduhan yang dikeluarkan oleh pihak Israel terhadap Malaysia adalah tidak berasas dan mempunyai agenda tertentu.

      "Tuduhan Israel terhadap Malaysia adalah tidak berasas dan ianya adalah salah satu daripada propaganda Israel untuk mengalihkan perhatian dunia yang sedang melihat penderitaan rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel", katanya.

      Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa Israel mengadakan-adakan cerita yang tiada memandangkan Malaysia adalah negara yang lantang menentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel. 

      Malaysia juga antara negara yang tidak mengiktiraf negara Israel.




~PMIUM Inspirasi Bersama~


No comments:

Post a Comment