Thursday 2 October 2014

       Salam Eidul Adha dan hari raya korban buat seluruh muslimin muslimat di Malaysia. Kami mewakili deligasi kembara korban di Kemboja merakamkan seinfiniti kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memberi kami ruang dan peluang berkhidmat kepada rakyat Malaysia dan masyarakat Kemboja dalam melaksanakan misi menunaikan ibadah korban di Kemboja pada tahun ini.

       Salam penghargaan kepada rakyat Malaysia atas semangat tazkiyah dan ubudiyyah kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan ibadah korban. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak memintaminta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”- Surah al-Hajj:36

     Sesungguhnya ibadah korban itu bertujuan mendidik jiwa supaya bertakwa kepada Allah s.w.t.

|Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya |
Inspirasi Bersama.

No comments:

Post a Comment