KL:
Hal Ehwal Siswi PMIUM (HEWI) pada sesi kali ini membawa moto
“Mahasiswi Pencetus Kebangkitan Wanita”.
Dalam pada itu, HEWI juga menekankan 3 aspek utama dalam
pembawaan motto iaitu kesatuan, pembangunan diri mahasiswi dan
kebajikan.
Rita Nur Suhaila, Timbalan Presiden HEWI, dalam ucap tamanya
semasa sesi berucap di UM Sentral menyeru kepada semua mahasiswi
melibatkan diri dalam pelbagai program menarik yang akan dianjurkan oleh
HEWI.
Seruan ini bertujuan untuk menghasilkan mahasiswi yang proaktif
serta mempunyai nilai tambah bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa
akan datang.
“Sekarang adalah masanya untuk mahasiswi bangun mengorak langkah
seiring dengan pesatnya pembangunan. Tenaga kita sangat diperlukan untuk
mencorak masa depan negara”, Rita Nur Suhaila.
No comments:
Post a Comment