Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Tuesday, 16 December 2014

SUKMUM' 14/15

Tahniah dan syabas kepada seluruh olahragawan Universiti Malaya sempena Sukan Mahasiswa Universiti Malaya (SUKMUM'14/15).

PMIUM juga turut merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada sahabat kita Khair Alimarshidi (Bendahari Kehormat PMIUM) diatas pungutan sebanyak 3 pingat iaitu dalam sukan memanah berpasukan (johan), memanah individu kelayakan (johan), dan memanah olimpik individu (naib johan) dengan mewakili kontijen "off-campus".

Semoga terus maju dalam arena sukan dan dakwah kalian. Pmium optimis dengan pendekatan dakwah melalui wadah sukan dengan menonjolkan adab dan akhlak bersukan selaku seorang Muslim.

Tahniah.!

Jumlah mata keseluruhan:

Johan: kk12 (570 mata)
Naib Johan: kk5 (484 mata)

395 mata-kk8
362 mata-kk1
346 mata-kk9
333 mata-kk6
322 mata-kk4
302 mata-kk2
286 mata-kk7
278 mata-Kk3
274 mata-Luar kampus
174 mata-KKungku Aziz
159 mata-kk10

"Akal yang cerdas bergantung kepada jasmani yang cergas."

#KitaAdalahDaie
#PMIUMInspirasiBersama




Monday, 24 November 2014

Brotherhood Muslim Camp 2014

Pada 31 oktober sehingga 2 november 2014, telah berlangsungnya Brotherhood Muslim Camp di Sungai Congkak, Selangor di bawah anjuran PMIUM.








Kem Bro MC' 14

Anda menantikan program lasak, tough tapi mempunyai pengisian rohani yang mantap ?

JOM join Bro MC '14 anjuran PMIUM :)

Hubungi: 
Adam Al-Muhammadi: 014-508 7048
Nor Masitah Ab Jalal: 013-301 9640


Malam Mahabbah Anak Negeri Bersama PMIUM

:: Malam Mahabbah Anak Negeri Bersama PMIUM :: Dataran Fakulti Sains | 15 Oktober 2014 | 9.00mlm ::





Antara objektif pertemuan malam tersebut adalah PMIUM dapat menjalinkan hubungan serius bersama anak negeri sekali gus merapatkan hubungan anak negeri sesama anak negeri. 

~ Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya~

:: Persatuan Mahasiswa Kelantan ( PMK UM)
:: Persaruan Mahasiswa Johor (PEMASHOR)
:: Persatuan Mahasiswa Perak ( PEMARAK)
:: Persatuan Mahasiwa Pahang ( PMP.UM)
:: Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA)
:: Persatuan Mahasiswa Selangor ( PERMAS)
:: Persatuan Mahasiswa Kedah ( PERMADAH)
:: Persatuan Mahasiswa Sabah ( PERMASA)
:: Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan ( PERMANIS)
:: Persatuan Mahasiswa Sarawak ( PMS UM)

#InspirasiBersama
#FESKUM
#InspiringPeople






Promo PMIUM @Booth 25

Hari pertama di booth PMIUM. Banyak udang, banyak garam. Ramai orang, lain-lain ragam. Alhamdulillah, penyertaan yang tidak putus-putus diterima di booth kami. Yang belum berkesempatan untuk mendaftar, jangan risau esok ada lagi. Jom singgah esok !






Suasana pada hari ke dua. Ayuh semua ke booth kami! Pengunjung yang tidak putus-putus mengunjungi booth PMIUM. TAHNIAH bagi yang telah mendaftar! Mana-mana sahabat yang masih belum mendaftar, pendaftaran masih dibuka sehingga jam 5 petang... Ayuh datang segera ke booth kami! 




Sambutan dari pengunjung yang tidak putus-putus. Terima kasih kerana mendaftar sebagai ahli PMIUM dan HEWI. 






Solat hajat Feskum & jamuan

Alhamdulillah, solat hajat untuk dipermudahkan urusan program Feskum 2014 telah dibuat di surau APIUM. Setelah itu, para jemaah menjamah sedikit jamuan berlaukkan daging lembu yang dikorban pagi tadi. Esok adalah upacara perasmian Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2014 - Feskum 14, doakan agar semuanya dipermudahkan.

#PMIUMinspirasibersama
#inspiringpeople











Program Korban PMIUM sesi 2014/2015

Gambar sekitar program korban anjuran PMIUM di pusat sukan. 2 ekor lembu dikorbankan dimana bahagiannya ada perseorangan dan beberapa persatuan mahasiswa di UM.









Wednesday, 24 September 2014

Isu perkauman perlukan perbincangan yang harmoni bukan bercorak menunding jari - Ahmad 'Aqiel

KL:     Speaker Corner sempena kempen "Blind To Races"telah berjalan lancar semalam.

              Saudara Ahmad 'Aqiel, Exco Intergrasi dan Perpaduan PMIUM menegaskan dalam pidato beliau mengenai isu-isu perkauman yang kerap dimainkan perlu diselesaikan dengan cara diplomasi dan aman demi menjaga hati semua kaum di Malaysia. 

          “Perdebatan isu perkauman yang dipolemikkan oleh sesetengah pihak perlu dibincangkan secara perbincangan yang harmoni bukannya bercorak menunding jari”, Ahmad 'Aqiel. 

          Beliau juga menambah dalam bahawa faktor perpaduan antara kaum menjadi semakin lemah dan layu di negara ini kerana kurangnya persefahaman antara satu sama lain. 

           “Politik juga menjadi racun kepada isu perkauman ini. Mahasiswa sudah menjadi semakin muak dengan isu lapuk perkauman dengan doktonisasi kaum yang berlaku dalam arena politik pada hari ini”. 

           Mohd Aqil mengakhiri pidato beliau dengan menekankan aspek peranan mahasiswa dalam usaha mengadakan satu anjakan paradigma dalam masa yang akan datang serta bertindak matang dalam menangani masalah ini.


“Merdeka kita hanya fizikal, tapi mentaliti masih terjajah”- Nor Afiqah.



KL:    Is-isu perkauman semakin menjadi satu viral dan 'keseronokan' untuk diperkatakan seperti mana boleh dilihat dalam laman-laman sesawang dan sosial.

           Justeru itu, PMIUM telah mengambil langkah kerjasama dengan Persatuan Kristian Varsiti (PKVUM) untuk menviralkan kempen "Blind to Races" di seluruh kampus.

           Nor Afiqah Isa, Timbalan Exco Intergrasi dan Perpaduan PMIUM selaku salah seorang speaker dalam ‘speaker corner’ sempena kempen ini mengaitkan kemerdekaan dan perkauman di negara kita.

         Kemerdekaan di Malaysia yang sememangnya terkenal dengan identiti perpaduan kaum tetapi realitinya masih belum dikecapi dengan adanya sikap 'rasisme' antara satu sama lain.

       “Sikap rasisme antara satu sama lain ini jelas membuktikan bahawa kita hanya merdeka dari sudut fizikal tetapi masih terjajah dengan mentaliti dasar pecah dan perintah antara kaum yang diwujudkan oleh penjajah”, Nor Afiqah Isa.

        Tambah beliau lagi, ketidakmatangan dan kemunduran mentaliti jelas terlihat apabila adanya sikap rasisme ini.

         "Peranan mahasiswa dalam perkara sebegini ialah menyingkirkan sikap ini kerana kita adalah satu Malaysia", kata beliau ketika mengakhiri ucapannya.



Berita seterusnya bakal menyusul.

-PMIUM Inspirasi Bersama-

Thursday, 18 September 2014

Mahasiswi Pencetus Kebangkitan Wanita

KL:        Hal Ehwal Siswi PMIUM (HEWI) pada sesi kali ini membawa moto “Mahasiswi Pencetus Kebangkitan Wanita”. 

         Dalam pada itu, HEWI juga menekankan 3 aspek utama dalam pembawaan motto iaitu kesatuan, pembangunan diri mahasiswi dan kebajikan. 

        Rita Nur Suhaila, Timbalan Presiden HEWI, dalam ucap tamanya semasa sesi berucap di UM Sentral menyeru kepada semua mahasiswi melibatkan diri dalam pelbagai program menarik yang akan dianjurkan oleh HEWI. 

        Seruan ini bertujuan untuk menghasilkan mahasiswi yang proaktif serta mempunyai nilai tambah bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa akan datang. 

          “Sekarang adalah masanya untuk mahasiswi bangun mengorak langkah seiring dengan pesatnya pembangunan. Tenaga kita sangat diperlukan untuk mencorak masa depan negara”, Rita Nur Suhaila.

Wednesday, 17 September 2014

Program Tears Of Gaza berjalan lancar

KL:    Program Tears of Gaza pada fasa masa pertama berjalan lancar.

         Penerangan tetamu jemputan istimewa, Dr. Wesam Ahmad merupakan salah seorang mangsa kekejaman rejim zionis Israel.

         Objektif utama PMIUM mengadakan siri ceramah Usrah G.I.G.S ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kembali terhadap nasib yang sedang diterima oleh rakyat Gaza.

         "Alhamdullilah, sambutan daripada mahasiswa dan mahasiswi kampus Universiti Malaya dan luar sangat menggalakkan", Rita Nur Suhaila, timbalan Presiden HEWI PMIUM.

       Beliau juga menyeru kepada semua kelompok masyarakat supaya cakna akan isu-isu umat Islam dan kemanusiaan.

     


“Memberi inspirasi kepada manusia seperti rama-rama dan keluar dari kepompong 4K”- Amiruddin

 KL:        Seperti yang diketahui umum, Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) kali ini membawa sedikit kelainan kerana menjadikan serangga sebagai tema simbolik. 

       Memetik kata-kata pengarah FESKUM, Saudara Amiruddin Ali, “Rama-rama memberi inspirasi kepada manusia kerana asalnya dari ulat beluncas yang kurang digemari kepada rama-rama yang sangat cantik”. 

       ‘Inspiring people’ menjadi tema penting untuk pembawaan FESKUM sesi 2014/2015 seiring dengan matlamat FESKUM itu sendiri iaitu untuk memberi inspirasi kepada semua bagi mengecapi kejayaaan. 

         "Saya juga menyeru kepada seluruh mahasiswa kampus khususnya Universiti Malaya untuk keluar dari kepompong 4K iaitu kuliah,  katil, kolej dan kafe agar menjadi orang yang bersedia dengan cabaran-cabaran di alam luar kampus yang lebih mencabar", Amiruddin Ali, Pengarah Feskum.

       Saudara Amiruddin Ali yang merupakan salah seorang ahli aktif PMIUM mengakhiri ucapan beliau dengan mengajak semua warga Universiti Malaya untuk bersama-sama memberi sokongan dan dorongan kepada FESKUM dengan menyertai pelbagai program dianjurkan.



 -PMIUM inspirasi Bersama-

Friday, 25 July 2014

Ramadhan Bersama Imam Syria: PMIUM Ucap Tahniah Kepada MAPIM.

 KL:    Khairol Najib Hashim mengucapkan sekalung tahniah kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) atas penganjuran program "Program Bersama Imam Syria".

     Seramai 9 orang imam tarawikh yang di undang khas daripada Aleppo,Syria sepanjang Ramadhan. Mereka di ketuai oleh Sheikh Mohammad Muaz, merupakan ulama yang terkenal di Aleppo. 

     Sheikh Mohammad Muaz dijemput untuk memberikan takzkirah dan ceramah agama.

     Menurut Khairol Najib Hashim, usaha MAPIM ini adalah usaha yang baik dalam kecaknaan terhadap isu kemanusiaan di Syria. 

     Dalam program ini, semua jemaah yang datang didedahkan mengenai penderitaan yang dialami oleh rakyat Syria.

     "Harapan kami ialah program-program seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang supaya membenihkan rasa cakna dalam jiwa masyarakat Malaysia khususnya terhadap apa yang sedang dialami oleh rakyat Syria", Khairol Najib Hashim, Presiden PMIUM.


bm.therakyatpost.com

Selamat maju jaya Malaysia! - Majulah sukan untuk Negara

     Selamat Maju Jaya diucapkan kepada atlet-atlet Malaysia sempena Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.

     Untuk makluman umum, Sukan Komanwel kali ini bermula pada 23 July - 3 Ogos 2014. Ianya disertai seramai 4,560 atlet dari 71 buah negara yang akan bertanding untuk 18 jenis sukan dan 261 medal untuk diperoleh.

     Maskot yang dipilih pada kali ini adalah sejenis bunga thistle yang diberi nama Clyde, sempena sungai yang mengalir di Glasgow itu sendiri. Bunga itu sendiri melambangkan negara Scotland.

     Difahamkan ketika acara pembukaan perasmian, kontijen Malaysia telah mengibarkan bendera separuh tiang sempena peristiwa MH17.

     Pelanggan Astro dan NJOI diberi peluang untuk mengikuti liputan acara sukan terpilih melibatkan atlet tanah air secara khususnya menerusi Astro Arena Saluran 801. Manakala, seluruh rakyat Malaysia juga boleh menonton saluran Astro Arena menerusi Astro on the Go secara percuma.

     Doakan agar atlet Malaysia dipermudahkan urusan dan dapat mengharumkan nama negara, insyaallah.

     Apapun, Ramadan berbaki ini jangan dilupakan untuk terus istiqomah dalam amal ibadat kita. Semoga objektif puasa, iaitu menjadi insan bertaqwa dapat kita kecapi. Doakan juga untuk saudara kita di Palestin.

     Hiduplah seperti pokok yg memberi 1000 bakti, bukan seperti busut semakin lama, semakin tinggi namun tidak membawa erti.

     Semoga syawal kali ini membawa erti yang sebenar untuk kita semua sebagai khalifah didunia yang fana. 

     Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya ( PMIUM ) sesi 2014/2015 kepada seluruh umat Islam amnya dan kepada seluruh warga Universiti Malaya khasnya.

     Semoga Aidilfitri kali ini benar-benar disambut sebagai kita yang pulang kepada asalnya yg fitrah ( al-aaideen ) dan berjaya ( al-faaizeen ).

Presiden: Khairol Najib Hashim
Timb. Presiden: Sobiroh Puzi
Naib Presiden: Zarin Maszalan
Setiausaha: Muhammad Ayub Md Husni
Bendahari: Khair Alimarshidi




Monday, 21 July 2014

Program Ihya Ramadhan bersama PASUM- "Bidadarikah Aku"


 KL:    Siti Rabiatul Adawiyah, mantan Timbalan Presiden PMIUM sesi 2013/14 dan Ahmad Aqiel Abdul Rahim, Ketua Exco Intergrasi & Kenegaraan PMIUM 2014/15 sempat meluangkan masa untuk menjayakan sebuah program Ihya Ramadhan "Bidadarikah Aku".

  Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar Pusat Asasi Sains Univesiti Malaya (PASUM). Program yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam ini lebih berfokuskan mengenai 'aurat' lelaki dan wanita dalam Islam.

  Ahmad Aqiel Abdul Rahim dalam kenyataannya, "Saya cuba membawakan perbincangan aurat ketahap yg lebih kritikal, dan cuba menanamkan "rasa jiwa hamba" sebagai kunci utk menjaga diri". 


Siti Rabiatul Adawiyah sedang berkongsi tips penjagaan aurat






 ~PMIUM Inspirasi Bersama~
 

Ziarah Mahabbah Ramadhan PMIUM ke Kolej Kediaman UM


Khairol Najib Hashim, Presiden PMIUM dan Ahmad Aqiel Abd Rahim, Ketua Exco Integrasi & Kenegaraan PMIUM turut serta bersama menyampaikan waqaf Al-Qur'an untuk kegunaan penghuni kolej dan ucapan Kad Raya Aidilfitri kepada pentadbiran dan pengurusan Kolej kediaman pagi tadi dalam aktiviti " Ziarah Mahabbah Ramadhan PMIUM ke Kolej-kolej Kediaman Universiti Malaya "









~PMIUM Inspirasi Bersama

Saturday, 19 July 2014

Ziarah Mahabbah Ramadhan PMIUM di sekitar kampus

PMIUM telah menjayakan program sempena ramadhan; "Ziarah Mahabbah Ramadhan" di sekitar UM.


Ziarah Mahabbah Ramadhan PMIUM bertemu TNC HEP di Kompleks Perdana Siswa. Presiden PMIUM, Khairol Najib Hashim menyampaikan kad Raya PMIUM dan cenderahati kpd Datok Rohana.


Friday, 18 July 2014

Pertiwi Soup Kitchen (TAMAR'14)

Hidup bergelar sebagai Mahasiswa tidak sepatutnya berlegar hanya di bilik kuliah dan kolej sahaja.

Tetapi Mahasiswa perlulah cakna terhadap kebajikan orang-orang di sekeliling kita. Masyarakat meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap Mahasiswa dan Mahasiswi. Oleh itu, buktikan bahawa kita peduli dan kita mampu mengubah nasib orang yang ditimpa kesusahan. 




*Gambar diambil selepas program gelandangan dengan kerjasama PERTIWI SOUP KITCHEN di sekitar Kuala Lumpur.

~PMIUM Inspirasi Bersama