Seorang graduan baru sahaja
selesai ditemuduga.. Apabila diajukan soalan berkenaan dengan gaji yang
beliau mahu, beliau diberikan 2 pilihan; RM27,000 dan RM1,000.. Apa yang
mengejutkan para panel ialah jawapan beliau yang memilih gaji sebanyak
RM1,000 dan menolak gaji sebanyak RM27,000.. Beliau pastinya dianggap
sebagai seorang yang rugi dan tidak berfikir panjang kerana menolak
jumlah gaji yang lebih mahal dengan memilih gaji yang lebih sedikit..
Begitulah penilaian manusia terhadap hal dunia.. Seringkali manusia
memilih harta yang lebih banyak apabila diberi peluang dan hanya orang
yang dungu akan memilih jumlah harta yang sedikit..
Namun, hal yang sama tidak berlaku apabila dipaksikan kepada agama.. Sudah hampir 6 tahun saya bergelar mahasiswa dan seringkali saya perhatikan gelagat kawan-kawan yang tidak mengendahkan perihal solat berjamaah meskipun jarak ke surau hanya memakan masa 2-3minit.. Meskipun mendengar seruan azan, para mahasiswa masih lagi bersenang-senang dengan mengadap laptop untuk melayari internet, malahan ada yang meluangkan masa untuk bermain permainan samada DOTA, PES, CS dan lain-lain sehinggakan mereka solat di akhir-akhir waktu.. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW telah bersabda;

عَنِ ابْنِ عُمَرَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صَلَاةُ
الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ
دَرَجَةً. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Bukhari dan Muslim.
Hadis ini menerangkan fadhilat solat berjamaah di mana orang yang solat secara berjamaah akan mendapat 27 kali ganda berbanding mereka yang solat bersendirian yang hanya mendapat pahala sebanyak 1 kali ganda sahaja.. Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda;
Mungkin ada yang memberi alasan bahawa mereka tidak dapat solat berjamaah di awal waktu kerana ada kerja yang perlu diselesaikan segera.. Bahkan, saya secara peribadi jarang solat berjamaah di awal waktu kerana waktu kuliah yang tidak sama dengan waktu solat.. Namun, apa salahnya sekiranya kita tetap pergi ke surau untuk mencari sahabat-sahabat yang mahu solat berjamaah dan solat bersama-sama mereka.. Bagi saya, tidak ada alasan untuk kita mengabaikan solat berjamaah di surau meskipun terlewat sedikit dalam mengerjakannya kerana mempunyai urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.. Dalam hadis yang lain, pernah suatu ketika datang seorang lelaki buta kepada Rasulullah SAW yang meminta keringanan untuk solat di rumah.. Namun, tatkala lelaki itu hendak pergi, Rasulullah SAW memanggilnya dan bertanya, “Adakah engkau mendengar laungan azan?” Lelaki buta itu menjawab, “Ya.” Rasulullah SAW kemudiannya berkata, “Kalau begitu, penuhilah panggilan itu (solat secara berjemaah).” Di dalam hadis ini, Rasulullah SAW tetap menyuruh seorang yang buta untuk solat secara berjamaah sekiranya beliau mendengar azan dan alangkah malunya apabila kita yang tidak buta malahan diberi kesihatan tubuh badan, memilih untuk solat secara bersendirian di bilik..
Namun, apa yang saya perhatikan dalam kalangan mahasiswa sekarang ini lagi menghibakan.. Mereka hanya memandang enteng kepentingan untuk solat secara berjamaah dengan lebih mengutamakan kepentingan dunia.. Contohnya, mereka leka menonton movie atau anime, leka dengan bermain game secara online, leka dengan berbual-bual kosong dan hanya mengerjakan solat di akhir-akhir waktu.. Tidakkah golongan-golongan sebegini merasa RUGI apabila tidak solat secara berjamaah?? Sekiranya usai solat berjamaah, ada orang yang menunggu di muka pintu untuk memberikan wang sebanyak RM27 kepada mereka yang solat secara berjamaah, pastinya golongan-golongan yang lebih memilih untuk solat bersendirian di bilik akan mula merasakan diri mereka berada di dalam kelompok yang RUGI.. Sayangnya, perkara ini tidak akan berlaku, dan mungkin selama-lamanya mereka yang solat bersendirian di bilik tidak akan tersedar.. ALANGKAH RUGINYA KITA!!!
Rujukan:
1) Kitab Fathul Bari
2) Subul as-Salam: Jilid 1, Bab Solat berjamaah dan Imam solat, m/s 551
3) Fiqh As-Sunnah: Jilid 2, Bab Solat berjamaah, m/s 1
Hadis ini menerangkan fadhilat solat berjamaah di mana orang yang solat secara berjamaah akan mendapat 27 kali ganda berbanding mereka yang solat bersendirian yang hanya mendapat pahala sebanyak 1 kali ganda sahaja.. Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda;
“Solat
seseorang yang dilakukan secara berjemaah melebihi solat yang
dikerjakan di rumah atau di pasar sebanyak dua puluh lima kali ganda.
Ini disebabkan apabila seseorang itu berwuduk dengan sempurna, lalu
pergi ke masjid dan kepergiannya tidak bertujuan selain untuk mengejakan
solat, maka setiap kakinya melangkah akan menaikkan satu darjat dan
menggugurkan satu kesalahan dosa. Jika orang itu mengerjakan solat, maka
para malaikat sentiasa memohonkan rahmat untuknya selama masih berada
di tempat solat itu dan selagi belum berhadas. Doa para malaikat itu: ‘
Ya Allah! Limpahkanlah selawat ke atasnya. Ya Allah! Cucurilah rahmat ke
atasnya’, dan orang itu tetap dianggap dalam keadaan mengerjakan solat
selagi menunggu tibanya waktu solat.” (Kesahihan hadis ini disepakati oleh ulama hadis.. Ia ditulis menggunakan lafaz al-Bukhari..)
Namun,
berapa ramai yang merasakan diri mereka berada di dalam kerugian
apabila tidak menunaikan solat secara berjamaah?? Sudah pasti jawapannya
hanya sedikit yang merasakan kerugian tersebut meskipun ramai di antara
kita yang telah mendengar dan mengetahui hadis tersebut.. Berbalik
kepada analogi di atas, manusia akan menyesali perlakuan mereka tatkala
memilih sesuatu yang sedikit apabila ada tawaran yang lebih baik (yakni
jumlah yang lebih besar) namun kenapa penyesalan tersebut tidak berlaku
apabila mereka memilih untuk solat secara bersendirian di bilik??Mungkin ada yang memberi alasan bahawa mereka tidak dapat solat berjamaah di awal waktu kerana ada kerja yang perlu diselesaikan segera.. Bahkan, saya secara peribadi jarang solat berjamaah di awal waktu kerana waktu kuliah yang tidak sama dengan waktu solat.. Namun, apa salahnya sekiranya kita tetap pergi ke surau untuk mencari sahabat-sahabat yang mahu solat berjamaah dan solat bersama-sama mereka.. Bagi saya, tidak ada alasan untuk kita mengabaikan solat berjamaah di surau meskipun terlewat sedikit dalam mengerjakannya kerana mempunyai urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.. Dalam hadis yang lain, pernah suatu ketika datang seorang lelaki buta kepada Rasulullah SAW yang meminta keringanan untuk solat di rumah.. Namun, tatkala lelaki itu hendak pergi, Rasulullah SAW memanggilnya dan bertanya, “Adakah engkau mendengar laungan azan?” Lelaki buta itu menjawab, “Ya.” Rasulullah SAW kemudiannya berkata, “Kalau begitu, penuhilah panggilan itu (solat secara berjemaah).” Di dalam hadis ini, Rasulullah SAW tetap menyuruh seorang yang buta untuk solat secara berjamaah sekiranya beliau mendengar azan dan alangkah malunya apabila kita yang tidak buta malahan diberi kesihatan tubuh badan, memilih untuk solat secara bersendirian di bilik..
Namun, apa yang saya perhatikan dalam kalangan mahasiswa sekarang ini lagi menghibakan.. Mereka hanya memandang enteng kepentingan untuk solat secara berjamaah dengan lebih mengutamakan kepentingan dunia.. Contohnya, mereka leka menonton movie atau anime, leka dengan bermain game secara online, leka dengan berbual-bual kosong dan hanya mengerjakan solat di akhir-akhir waktu.. Tidakkah golongan-golongan sebegini merasa RUGI apabila tidak solat secara berjamaah?? Sekiranya usai solat berjamaah, ada orang yang menunggu di muka pintu untuk memberikan wang sebanyak RM27 kepada mereka yang solat secara berjamaah, pastinya golongan-golongan yang lebih memilih untuk solat bersendirian di bilik akan mula merasakan diri mereka berada di dalam kelompok yang RUGI.. Sayangnya, perkara ini tidak akan berlaku, dan mungkin selama-lamanya mereka yang solat bersendirian di bilik tidak akan tersedar.. ALANGKAH RUGINYA KITA!!!
Rujukan:
1) Kitab Fathul Bari
2) Subul as-Salam: Jilid 1, Bab Solat berjamaah dan Imam solat, m/s 551
3) Fiqh As-Sunnah: Jilid 2, Bab Solat berjamaah, m/s 1
Oleh:
Tengku Abdul Hadi.
No comments:
Post a Comment