”Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat
umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim
berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi
bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa
pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang
diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari
orang-orang yang sabar.”(Surah As-Saaffat ayat 102)
Peristiwa
Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah untuk mengorbankan anak
kesayangannya Nabi Ismail adalah bukti keta’atan, ketaqwaan dan
kecintaan yang tidak berbelah-bagi keluarga tersebut kepada Allah.
Maka renungi dimanakah kedudukan kita di dalam menerima dan menunaikan perintah Allah.
Kekuatan untuk mampu berkorban hakikatnya, bergantung kepada keimanan
kita kepada Allah SWT kerana keimanan itulah yang melahirkan kekuatan
untu mengangkat perintah-Nya menjadi sesuatu yang besar dalam kehidupan
kita melebihi kepentingan diri kita sendiri. Wallahua'lam.
.......................................
Akhir kata, HEWI PMIUM mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh
muslimin dan muslimat. Semoga dengan kehadiran Hari Raya Qurban ini
dapat memberikan kita makna dan menghayati pengorbanan dalam kehidupan
kita sebagaimana dirakamkan di dalam Al-Quran, kisah pengorbanan Nabi
Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
No comments:
Post a Comment