Friday, 3 October 2014

Puisi : Manusia

NHAB
Fakulti: Sains
Tahun Pengajian: Pertama (semester 1)




Retrieved : google image.

Manusia

Manusia
Memiliki kekurangan juga kelebihan
Memiliki kemahuan juga keperluan
Memiliki hati dan juga perasaan
Memiliki naluri dan lumrah kejadian

Pelbagai kerenah dan telatah peribadi
Emosi, pemikiran dan rasional yang tak pasti
Pelbagai cara, gaya dan perlakuan
Cerita hidup dan kisah yang berlainan

Suka menghukum mengikat simpulan
Bersangka awal tanpa memahami
Ego dan tamak kekadang merasuki
Tak yakin dan pasrah menoktah diari
Walau apapun yang telah terjadi
Punya hak untuk megubah hati
Walau seluruh dunia mengerut dahi
Tabahlah biar hanya Tuhan yang Mengetahui

Sikap, pertuturan dan niat di sanubari
Mungkin salah perbetulkanlah lagi
Tak mengapa tersilap, sempurna tiada
Yang penting usaha tawakal pada-Nya

Cabaran mematangkan, dugaan mendewasakan
Onak dan duri menabahkan, sembilu menguatkan
Apa yang kita mahu tak mesti diberi
Apa yang kita perlu pasti dianugerahi

Ombak menghempas hakisnya pantai
Ribut membantai tumbangnya pohon
Gugurnya dedaunan ditiup bayu pagi
Air mata berlinangan menyemai tabah hati

Seperti lena dibuai khayalan melodi
Dikejutkan dengan mimpi kapal tenggelam
Fikirlah, bersyukur pada Ilahi
Mintalah petunjuk jalan yang berliku kelam

No comments:

Post a Comment