Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar.
Segala kesyukuran kepada Allah S.W.T atas lindungan dan
rahmat kasih-sayangNya kita masih lagi berada di muka bumi ini. Selawat serta
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga dan sahabat
baginda.
Alhamdullilah, umat Islam
menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih sinonim di Malaysia dengan
Hari Raya Korban hari ini. Hari Raya Aidil Adha adalah satu anugerah bermakna
daripada Allah kepada semua umat Islam di muka bumi ini. Sebagaimana yang umat
Islam ketahui Hari Raya Aidil Adha memberi makna untuk menyingkap kembali
sejarah yang tercatat dalam Al-Quran mengenai Hari Raya Korban iaitu kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail . 2 per 3 daripada isi Al Quran menyingkap
sejarah yang penuh hikmah untuk dijadikan panduan dan ibrah kepada kita semua.
Semoga kisah ketaatan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim kepada Allah dijadikan
sebagai benih dan bibit taqwa dalam diri.
Nabi lbrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelihkan
anaknya sendiri yakni Nabi Ismail. Naluri seorang ayah jika difikir secara
logiknya tidak mampu untuk dilakukan. Namun, ujian seberat ini mampu dilalui
kerana ketaatan yang sempurna kepada Allah. Pengorbanan kedua-dua Nabi Allah
ini dapat memperlihatkan tiada apa-apa yang mengatasi selain daripadaNya.
Keimanan kepada Allah adalah perkara yang utama dalam diri setiap mukmin.
Sifat pengorbanan daripada sorotan sejarah ini perlu
dihayati dan dipasak dalam diri sebagai bekalan untuk menjadi insan yang
berguna kepada Allah dan masyarakat sekeliling. Sebagai mahasiswa, jadikan
sejarah pengorbanan ini pemangkin untuk kita bergerak dalam melakukan
kerja-kerja dakwah dalam masyarakat. Pengorbanan jiwa dan harta sangat
diperlukan supaya kita semua mampu menjadi ‘jurutera masyarakat dan ummah’ yang
diredhai oleh Allah.
Justeru, marilah bersama-sama kita menjadikan aidil adha
sebagai satu langkah permulaan untuk kita maju ke hadapan sebagai mukmin yang
berjaya dan rela berkorban harta dan jiwa kerana Allah. Semoga Allah merahmati
setiap langkah yang kita lakukan pada hari ini.
Khairol Najib Hashim,
Preseiden PMIUM 14/15
Khairol Najib Hashim,
Preseiden PMIUM 14/15
No comments:
Post a Comment