KL:
Hal Ehwal Siswi PMIUM (HEWI) pada sesi kali ini membawa moto
“Mahasiswi Pencetus Kebangkitan Wanita”.
Dalam pada itu, HEWI juga menekankan 3 aspek utama dalam
pembawaan motto iaitu kesatuan, pembangunan diri mahasiswi dan
kebajikan.
Rita Nur Suhaila, Timbalan Presiden HEWI, dalam ucap tamanya
semasa sesi berucap di UM Sentral menyeru kepada semua mahasiswi
melibatkan diri dalam pelbagai program menarik yang akan dianjurkan oleh
HEWI.
Seruan ini bertujuan untuk menghasilkan mahasiswi yang proaktif
serta mempunyai nilai tambah bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa
akan datang.
“Sekarang adalah masanya untuk mahasiswi bangun mengorak langkah
seiring dengan pesatnya pembangunan. Tenaga kita sangat diperlukan untuk
mencorak masa depan negara”, Rita Nur Suhaila.
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
Thursday, 18 September 2014
YDP Permasa : Suara Mahasiswa Sabah di Astro Awani.
KL : Yang Di -Pertua PERMASA (Persatuan Mahasiswa Sabah) Universiti Malaya, saudara Syukri Saridih telah menjadi 'suara' mahasiswa Sabah.
Beliau telah dijemput oleh pihak Astro Awani sebagai panel slot perbincangan sempena Hari Malaysia pada 17 September yang lalu.
"Alhamdullilah, terima kasih kepada pihak produksi kerana memberikan saya peluang kepada saya untuk menjadi wakil mahasiswa Sabah pada hari ini", Syukri Saridih, YDP PERMASA.
Antara intipati perbincangan yang dikemukan oleh saudara Syukri Saridih ialah harapan anak muda terhadap orang sekeliling dengan menunjukkan sikap dan teladan yang baik.
"Hari Malaysia merupakan satu entiti masyarakat yang berbilang kaum dan bersatu-padu", Syukri Saridih.
Beliau juga menyatakan penekanan peranan mahasiswa Sabah kepada Sabah, "Saya rasa setiap mahasiswa yang menamatkan pengajiannya di universiti perlu pulang ke Sabah agar menyumbang kepada masyarakat di sana".
Syukri Saridih juga merupakan salah seorang ahli aktif PMIUM.

Wednesday, 17 September 2014
Program Tears Of Gaza berjalan lancar
KL: Program Tears of Gaza pada fasa masa pertama berjalan lancar.
Penerangan tetamu jemputan istimewa, Dr. Wesam Ahmad merupakan salah seorang mangsa kekejaman rejim zionis Israel.
Objektif utama PMIUM mengadakan siri ceramah Usrah G.I.G.S ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kembali terhadap nasib yang sedang diterima oleh rakyat Gaza.
"Alhamdullilah, sambutan daripada mahasiswa dan mahasiswi kampus Universiti Malaya dan luar sangat menggalakkan", Rita Nur Suhaila, timbalan Presiden HEWI PMIUM.
Beliau juga menyeru kepada semua kelompok masyarakat supaya cakna akan isu-isu umat Islam dan kemanusiaan.

“Memberi inspirasi kepada manusia seperti rama-rama dan keluar dari kepompong 4K”- Amiruddin
KL: Seperti yang diketahui umum, Festival Konvokesyen Universiti Malaya
(FESKUM) kali ini membawa sedikit kelainan kerana menjadikan serangga
sebagai tema simbolik.
Memetik kata-kata pengarah FESKUM, Saudara Amiruddin Ali, “Rama-rama
memberi inspirasi kepada manusia kerana asalnya dari ulat beluncas yang
kurang digemari kepada rama-rama yang sangat cantik”.
‘Inspiring people’ menjadi tema penting untuk pembawaan FESKUM sesi
2014/2015 seiring dengan matlamat FESKUM itu sendiri iaitu untuk
memberi inspirasi kepada semua bagi mengecapi kejayaaan.
"Saya juga menyeru kepada seluruh mahasiswa kampus khususnya Universiti Malaya untuk keluar dari kepompong 4K iaitu kuliah, katil, kolej dan kafe agar menjadi orang yang bersedia dengan cabaran-cabaran di alam luar kampus yang lebih mencabar", Amiruddin Ali, Pengarah Feskum.
Saudara Amiruddin Ali yang merupakan salah seorang ahli aktif PMIUM mengakhiri ucapan beliau dengan mengajak semua warga
Universiti Malaya untuk bersama-sama memberi sokongan dan dorongan
kepada FESKUM dengan menyertai pelbagai program dianjurkan.
-PMIUM inspirasi Bersama-
Sunday, 14 September 2014
Ahli Aktif PMIUM dimasukkan ke dalam wad kerana jangkitan kuman
KL: Ahli aktif PMIUM yang juga Bendahari PMAPIUM telah dimasukkan ke dalam wad kerana jangkitan kuman pada kakinya.
Beliau telah dimasukkan ke dalam wad pada jam 5 pagi semalam dan telah menjalani pembedahan kecil pada sebelah petangnya.
Beliau dilaporkan stabil pada ketika ini.
~PMIUM Inspirasi bersama~
Beliau telah dimasukkan ke dalam wad pada jam 5 pagi semalam dan telah menjalani pembedahan kecil pada sebelah petangnya.
Beliau dilaporkan stabil pada ketika ini.
~PMIUM Inspirasi bersama~
Tuesday, 9 September 2014
Selamat memulakan semester baru mahasiswa
Selamat memulakan semester baru buat Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Malaya dan seluruh kampus di Malaysia.
Semoga lebih bersemangat dalam menuntut ilmu dan mencari redhaNya.
"Barangsiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan maka Allah akan fahamkan dia dalam(masalah) dien(agama)" (HR Bukhari)
Semoga lebih bersemangat dalam menuntut ilmu dan mencari redhaNya.
"Barangsiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan maka Allah akan fahamkan dia dalam(masalah) dien(agama)" (HR Bukhari)
PMIUM menyatakan solidariti terhadap Prof Azmi Sharom
KL : PMIUM menegaskan akan tetap bersama dengan Prof Madya Azmi Sharom
dalam memberi sokongan moral terhadap beliau.
Prof Madya Dr Azmi
Sharom pada minggu lalu telah dihadapkan
ke mahkamah atas tuduhan menghasut dibawah Akta Hasutan 1948 selepas memberi
kenyataan beliau dalam artikel mengenai isu jawatan Menteri Besar Selangor mengikut perspektif perundangan.
Presiden PMIUM,
Khairol Najib Hashim berpendapat bahawa tuduhan yang dikenakan ke atas prof
Azmi Sharom itu adalah penghalang besar kepada kebebasan ahli akademik dalam
menyatakan pendapat mereka terhadap sesuatu isu.
“Mengapa perlu
menyekat kebebasan dalam berakademik? Ini jelas sekali menidakkan kredibiliti
ahli akademik di negara kita dalam memberi pandangan”, katanya.
Menurut beliau
lagi, tindakan mensabitkan kesalahan ke atas prof Azmi Sharom itu adalah satu
pembuktian ‘kezaliman’ yang dilakukan ke atas ahli akademik.
“Saya menyeru kepada semua mahasiswa agar ‘membuka mata’ akan
perkara ini supaya perkembangan idea dan fikiran yang kritikal dalam kalangan
keluaran universiti terhasil seperti mana kebebasan yang sering diuar-uarkan
oleh universiti”, Khairol Najib Hashim
Dalam pada itu,
Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dan PMUM akan
mengadakan solidariti bagi menunjukkan bantahan terhadap tuduhan yang dikenakan
ke atas Prof Madya Dr. Azmi Sharom di Gazebo pada jam 1 hingga 2 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)