Berikutan kejadian ngeri yang menimpa seorang penuntut UITM yang dikelar dan dibunuh rakan lelaki tempoh hari, saya mewakili Hewi Pmium melahirkan rasa kesal dan sedih lantaran peristiwa berkenaan seharusnya dapat dielakkan.
Saya kira ada 3 perkara penting yang boleh kita teliti bersama. Antaranya ialah langkah keselamatan yang wajib diambil, peranan ibu bapa dan juga peranan institusi berwajib. Sering apabila kita digegarkan dengan kejadian sebegini, barulah sesetengah pihak akan membuka mata dan sesetengah lagi berlepas diri. Tegas saya katakan gejala kurang elok yang dihadapi anak Muda adalah masalah bersama.
Setiap Mahasiswi khususnya berhadapan dengan risiko jenayah yang tinggi setiap hari. Rogol,bunuh,ragut dan penipuan seolah-olah berakar menjadi darah daging. Suka saya ingatkan pada Mahasiswi diluar kita sebenarnya berhadapan dengan dunia yang memerlukan kita lebih bijak. Janganlah semberono memilih jalan hidup. Bermulalah dengan berdamping dengan teman yang berakhlak mulia.
Saya merasakan Mahasiswi haruslah cakna dengan langkah keselamatan walau dimana sahaja berada. Paling tidak bertemanlah sentiasa apabila keluar. Elakkan keluar berdua-duan. Simpan nombor telefon ibu bapa, sahabat, polis dan sebagainya untuk keperluan kecemasan. Hindari melalui lorong gelap secara bersendirian. Ironinya, Itu semua hanyalah cepisan daripada banyaknya tips keselamatan, apa yang penting jati diri dan maruah Mahasiswi itu sendiri. Persoalan, bagaimana mereka meletakkannya. Saya tinggalkan gambaran yang jelas mengenai Mahasiswa terkini. Kebanyakkannya terkenal menjadi sorotan akhbar dengan sadis sekali..bermula dengan isu KPOP kemudian sekarang isu kelar dan bunuh pula.
Apa yang lebih menyedihkan peranan ibu bapa sendiri yang sudah melebihkan cara pendidikan barat dalam menangani hal anak-anak. Hingga akhirnya mereka seakan- akan kehilangan identiti agama dan adat. Malu mereka tidak lagi menjadi mahkota tapi menjadi sampah yang mereka buang tanpa berfikir panjang. Tidak salah rasanya jika saya katakan ibu bapa perlu balik pada asal jadi. Sentiasa berkumpul dan melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat bersama keluarga.Moga dengan itu tidaklah anak-anak mencari pengganti yang lain. Disamping teguran dan nasihat yang tidak lekang daripada ibu bapa, jiran-jiran tetangga juga bertanggungjawab melaporkan sebarang aktiviti yang tidak elok daripada anak muda . Ini bukan perihal menjaga tepi kain orang tapi menjaga kain kapan tidak ditenun sebelum waktunya.
Saya juga ternanti-nanti respon menteri-menteri yang banyak mengusulkan pelbagai hukuman kepada pesalah. Tapi tidak pula berjaya mengurangkan sedikitpun index peratusan jenayah yang membabitkan wanita. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan menekankan aspek pemeliharaan dan pemulihraan berbanding memfokuskan hukuman. Kita banyak menekankan keadilan melalui hukuman akan memberikan amaran kepada orang ramai tanpa kita sedar kitalah kunci kepada bahaya yang terpaksa mereka tempuh. Contohnya mudah, kebenaran konsep KPOP diadakan, kelab-kelab malam tanpa permit yang penuh dengan konspirasi dadah dibenarkan. Bukankah sudah jelas siapa sbenarnya bersalah. Memang benar, ada beberapa angka disediakan daripada pembentangan bajet 2015 tempohari khas untuk golongan belia . Namun saya terkilan projek khusus untuk keselamatan Mahasiswi hanyalah tinggal impian. Tidak langsng dipandang serius oleh kerajaan.
Akhir kata, saya menyeru setiap lapisan masyarakat mengambil serius perihal sosial wanita kerana merekalah dirimu , ibumu , kakakmu malah adikmu sendiri. Bukankah menjaga mereka tanggugjwab kita bersama?
Nurul Shuhada Mamat
Mahasiswi Tahun 2
Universiti Malaya
Mahasiswi Tahun 2
Universiti Malaya
No comments:
Post a Comment