Wednesday, 11 February 2015

BENGKEL MEDIA PMIUM 2.0


Bengkel media PMIUM siri ke-dua kini kembali buat anda! Bengkel ini akan disusun berdasarkan maklum balas dan pendaftaran awal daripada peserta. Cadangan tarikh program adalah seperti berikut:
4 April 2015 (tertakluk kepada perubahan)
Dua kelas akan berjalan secara serentak dalam satu sesi dan peserta diberi pilihan untuk menyertai salah satu kelas yang disusun. Peserta juga boleh membatalkan pendaftaran sekiranya tidak bersetuju dengan kelas.
Kelas yang ditawarkan:
1. Montaj Kreatif: After Effects (Animasi Typografi)
2. Reka Grafik: Illustrator
3. Reka Video: Sony Vegas & Asas Videografi dan Fotografi
4. Montaj Kreatif 2: After Effects (Tahap 2)
* Kelas dijalankan mengikut pilihan tertinggi daripada peserta.
Pendaftaran dan butiran kelas yang ditawarkan boleh dilihat secara lanjut di:
Tarikh akhir pendaftaran ialah 28 Februari 2015.
** Pendaftaran adalah terhad dan akan ditutup apabila mencapai bilangan tertentu.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Akif (013-401 6049)
Adawiyah (013-442 8277)

Wednesday, 4 February 2015

:: QURANIC CIRCLE ::



Kelas Al Quran PMIUM datang lagi ! 

Assalamualaikum w.b.t.

Pmium akan menganjurkan Kelas Al Quran bagi Mahasiswa/Mahasiswi Universiti Malaya. Kelas ini membantu mahasiswa untuk menambahkan pengetahuan dan mempelajari hukum tajwid dalam Al Quran. kiki emoticon

Maklumat kelas Al Quran :

**5.15 petang-6.30 petang

Pilihan hari dan tempat kiki emoticon :

**selasa: fakulti perniagaan & perakaunan
**rabu: fakulti kejuruteraan
**khamis: pusat kebudayaan

Untuk pendaftaran & pertanyaan :

**Farhana : 019-4125846
**atau isi form yang disediakan :https://docs.google.com/forms/d/17OLj0pc6OJO02zXiIsz8io3CdbXr2q0p_lMOHTuY4ns/viewform?usp=send_form

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. ( Hadis riwayat Bukhari )

Jom mendaftar sekarang ! smile emoticon

K-SoliK : Konvensyen Solidariti Kemanusiaan 2015





Antara panel yang akan memeriahkan konvensyen ini antaranya
»»Dr Fathul Bari
»»Dr Zaidi Abdul Rahman
»»Dato Saifuddin Abdullah
»»Dr Maszlee Malik
»»Ust Syaari Abdul Rahman


-28 Februari 2015
-7.30am-4.00pm
-BS 2 APIUM.

Jangan lepaskan peluang ini!

Yuran penyertaan hanya rm10 seorang sahaja. Hanya 100 tempat akan disediakan ! Daftarlah sekarang.

Sebarang pertanyaan/pendaftaran, hubungi saudari Hanani : 0145057375.

#inspirasibersama

KELAS AGAMA PMIUM (FARDHU AIN)



Assalamualaikum w.b.t.

Pmium akan menganjurkan sebuah kelas agama bagi Mahasiswa/Mahasiswi Universiti Malaya menambah pengetahuan dan kefahaman berkaitan ilmu fardhu ain khususnya berkaitan solat.

**Kelas Agama Pmium
( Fardhu ain )

~Sepanjang semester 2
~5.15 petang-6.30 petang

Boleh pilih hari yang berkelapangan :
>>Selasa: pusat kebudayaan
>>rabu : fakulti perniagaan & perakaunan
>>khamis: fakulti kejuruteraan

Nabi S.A.W bersabda :"Jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada seseorang, Maka Allah akan memberikan kepadanya kefahaman agama"
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan At-Tarmidzi)

Untuk pendaftaran & pertanyaan :
~Wardah = 0176695160
~Ain Nadhirah = 0176165148
~Atau isi form yang telah disediakan:https://docs.google.com/forms/d/1GdgcD0tzAvOcXL3tPqSsRYpPMTtUflu6OyYOtAWi0Lo/viewform?usp=send_form

Ayuh mendaftar segera ! kiki emoticon

~sebarkan~

#PMIUMinspirasibersama

Tuesday, 3 February 2015

Konvensyen Solidariti Kemanusiaan (K-SOLiK)



Nilai solidariti sering diberi tanggapan yang salah dan dipandang bias kepada golongan tertentu dalam sesuatu isu, seterusnya menjadikan solidariti ini terus dihidangkan kepada masyarakat dengan paradigma dan persepsi yang jauh dari konsep sebenar.

Dengan ini, PMIUM, persatuan yang berorientasikan "Inspirasi Bersama" dengan rasa kecaknaannya membuka satu ruang khas untuk sama-sama kita merungkai tafsiran sebenar nilai solidariti dibawah nama "Konvensyen Solidariti Kemanusiaan".

Mengetengahkan konsep pembentangan kertas kerja oleh para pembentang yang populis, idealis, dan sensasi, PMIUM mengambil inisiatif bagi memberi ruang dan peluang bersama-sama bagi membuka minda, melontar idea, serta koreksi gerak kerja.

Konvensyen ini bakal menyajikan anda tentang:
1-Apa itu Solidariti?
2-Apakah peri-penting Solidariti terhadap masyarakat khususnya Mahasiswa.
3-Mendedahkan ruang sebenar untuk bersolidariti
4-Mendedahkan kewujudan golongan yang mencari populis melalui solidariti.

Solidariti wajar diberi pendedahan terbaik dalam ruang yang sebenar.Masyarakat dan Mahasiswa perlu dipandu dalam isu ini agar pembawaannya bersifat intelektual, bukannya omong kosong dan nafsu semata.

Shuib Sukor
Exco Korporat dan Antarabangsa PMIUM
Pengarah KSoliK 2015

Kes Kelar Dan Bunuh Mahasiswi UITM




Berikutan kejadian ngeri yang menimpa seorang penuntut UITM yang dikelar dan dibunuh rakan lelaki tempoh hari, saya mewakili Hewi Pmium melahirkan rasa kesal dan sedih lantaran peristiwa berkenaan seharusnya dapat dielakkan.
Saya kira ada 3 perkara penting yang boleh kita teliti bersama. Antaranya ialah langkah keselamatan yang wajib diambil, peranan ibu bapa dan juga peranan institusi berwajib. Sering apabila kita digegarkan dengan kejadian sebegini, barulah sesetengah pihak akan membuka mata dan sesetengah lagi berlepas diri. Tegas saya katakan gejala kurang elok yang dihadapi anak Muda adalah masalah bersama.
Setiap Mahasiswi khususnya berhadapan dengan risiko jenayah yang tinggi setiap hari. Rogol,bunuh,ragut dan penipuan seolah-olah berakar menjadi darah daging. Suka saya ingatkan pada Mahasiswi diluar kita sebenarnya berhadapan dengan dunia yang memerlukan kita lebih bijak. Janganlah semberono memilih jalan hidup. Bermulalah dengan berdamping dengan teman yang berakhlak mulia.
Saya merasakan Mahasiswi haruslah cakna dengan langkah keselamatan walau dimana sahaja berada. Paling tidak bertemanlah sentiasa apabila keluar. Elakkan keluar berdua-duan. Simpan nombor telefon ibu bapa, sahabat, polis dan sebagainya untuk keperluan kecemasan. Hindari melalui lorong gelap secara bersendirian. Ironinya, Itu semua hanyalah cepisan daripada banyaknya tips keselamatan, apa yang penting jati diri dan maruah Mahasiswi itu sendiri. Persoalan, bagaimana mereka meletakkannya. Saya tinggalkan gambaran yang jelas mengenai Mahasiswa terkini. Kebanyakkannya terkenal menjadi sorotan akhbar dengan sadis sekali..bermula dengan isu KPOP kemudian sekarang isu kelar dan bunuh pula.
Apa yang lebih menyedihkan peranan ibu bapa sendiri yang sudah melebihkan cara pendidikan barat dalam menangani hal anak-anak. Hingga akhirnya mereka seakan- akan kehilangan identiti agama dan adat. Malu mereka tidak lagi menjadi mahkota tapi menjadi sampah yang mereka buang tanpa berfikir panjang. Tidak salah rasanya jika saya katakan ibu bapa perlu balik pada asal jadi. Sentiasa berkumpul dan melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat bersama keluarga.Moga dengan itu tidaklah anak-anak mencari pengganti yang lain. Disamping teguran dan nasihat yang tidak lekang daripada ibu bapa, jiran-jiran tetangga juga bertanggungjawab melaporkan sebarang aktiviti yang tidak elok daripada anak muda . Ini bukan perihal menjaga tepi kain orang tapi menjaga kain kapan tidak ditenun sebelum waktunya.
Saya juga ternanti-nanti respon menteri-menteri yang banyak mengusulkan pelbagai hukuman kepada pesalah. Tapi tidak pula berjaya mengurangkan sedikitpun index peratusan jenayah yang membabitkan wanita. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan menekankan aspek pemeliharaan dan pemulihraan berbanding memfokuskan hukuman. Kita banyak menekankan keadilan melalui hukuman akan memberikan amaran kepada orang ramai tanpa kita sedar kitalah kunci kepada bahaya yang terpaksa mereka tempuh. Contohnya mudah, kebenaran konsep KPOP diadakan, kelab-kelab malam tanpa permit yang penuh dengan konspirasi dadah dibenarkan. Bukankah sudah jelas siapa sbenarnya bersalah. Memang benar, ada beberapa angka disediakan daripada pembentangan bajet 2015 tempohari khas untuk golongan belia . Namun saya terkilan projek khusus untuk keselamatan Mahasiswi hanyalah tinggal impian. Tidak langsng dipandang serius oleh kerajaan.
Akhir kata, saya menyeru setiap lapisan masyarakat mengambil serius perihal sosial wanita kerana merekalah dirimu , ibumu , kakakmu malah adikmu sendiri. Bukankah menjaga mereka tanggugjwab kita bersama?

Nurul Shuhada Mamat
Mahasiswi Tahun 2
Universiti Malaya


Saturday, 31 January 2015

RON 95 TURUN 21 SEN, RON 97 TURUN 11 SEN, DIESEL TURUN 23 SEN



1 Februari 2015, sekali lagi rakyat Malaysia menerima berita gembira dengan penurunan harga minyak petrol dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal. Minyak (Petrol dan Diesel) adalah satu sumber keperluan hidup dan sudah pasti penurunan harga minyak akan menjimatkan kos sara hidup rakyat Malaysia. Sepatutnya rakyat Malaysia bukan sahaja memperolehi harga minyak yang rendah tetapi turut sama memperolehi harga barang yang rendah kerana kenaikan dan penurunan harga minyak secara langsung akan memberi kesan kepada harga barang di pasaran. Sifir mudahnya, harga minyak yang naik akan menaikkan harga barang di pasaran dan jika harga minyak turun, harga barang di pasaran akan turut turun. Namun begitu, perkara ini tidak berlaku seperti yang tertera pada hukum perniagaan. lni terbukti apabila harga barang tidak turun walaupun harga minyak telah turun sebulan lepas, dari tarikh 1 Januari 2015 lagi.

Persoalannya mengapa harga barang tidak diturunkan sejajar dengan penurunan harga minyak ?

Sebelum ini para peruncit menaikkan harga barang dengan alasan kenaikan harga minyak di pasaran. Malah wujud juga alasan harga barang di pasaran dinilai kos untung rugi oleh peruncit berdasarkan kos barang yang diambil daripada pemborong. Tambah mereka lagi, sekiranya harga minyak sering berubah, ia memberi kesukaran untuk meletakkan tanda harga pada setiap jenis barang. Tapi ternyata, ini semua hanyalah alasan untuk menaikkan harga barang di pasaran, kerana harga barang tetap sama walaupun harga minyak sudah turun.

Saya khuatir perkara ini akan sentiasa berlaku walaupun harga minyak turun peringkat demi peringkat mengikut kaedah pengapungan terkawal. Lebih teruk, sewaktu harga minyak kembali naik, tanpa soal panjang para pemborong dan peruncit pantas sekali menaikkan harga barang. Di mana ketelusan sebagai seorang peniaga ke atas seorang pengguna. Justeru, saya memohon pihak yang berautoriti melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyelesaikan masalah ini dan saya selaku pengguna dan rakyat Malaysia menuntut harga barang di pasaran diturunkan pada kadar yang sepatutnya agar nilai keuntungan itu dinikmati oleh kedua-dua pihak baik pengguna mahupun peniaga.




Khair Alimar Shidi
Bendahari Kehormat PMIUM

II INSPIRASI BERSAMA II