Sunday, 7 September 2014

Kalam Presiden PMIUM: SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS, MAKNAKAN ZAMAN MAHASISWA

      Permulaan September sememangnya sinonim dengan fasa kemasukan mahasiswa universiti-universiti tempatan ke kampus masing-masing.

       Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dengan ini mengucapkan selamat memulakan semester baru buat semua mahasiswa seluruh kampus, terutama mahasiswa tahun pertama yang baru sahaja selesai menjalani Minggu Haluan Siswa bermula 1 September yang lalu.

      Di kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga PMIUM ingin merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Hal Ehwal Pelajar serta para Pemudahcara Mahasiswa yang telah bertungkus lumus menjayakan Minggu Haluan Siswa.

      Semoga segala aktiviti yang bermanfaat membuahkan hasil yang positif.

       Buat mahasiswa yang masih dalam proses menyesuaikan diri, semangat yang masih mekar dan segar tidak seharusnya terhenti bersama-sama pengakhiran Minggu Haluan Siswa yang kalian ikuti.

      Saban hari pasti akan dilalui pengalaman demi pengalaman baru yang mematangkan. Kenalpasti hala tuju dan nilailah sebaiknya realiti yang bakal ditempuhi di medan ilmu ini agar tidak tersasar jauh dari matlamat.

       Saya juga ingin menyeru diri saya dan rakan-rakan mahasiswa agar tidak mensia-siakan zaman kemahasiswaan yang sedang kita lalui ini dengan hanya mengisi ruang dan peluang yang ada dengan rutin ‘kelas-kafe-katil’ tanpa mengutip sebanyak mungkin pengalaman yang ada.
       Gunakan ruang dan peluang yang ada ini semaksima mungkin.

      Manfaatkan majlis-majlis ilmu, usrah dan pelbagai bentuk aktiviti lapangan yang bermanfaat sebagai nilai tambah pembinaan sahsiah diri.

      Pilihan di tangan kita, maka buatlah pilihan yang terbaik. Akhir kata, selamat memaknakan zaman mahasiswa.

Khairol Najib Bin Hashim
Presiden
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya

Aktivis PMIUM kemalangan sehari selepas majlis akad nikah.

Sepasang suami isteri yang baru sahaja diijab kabulkan 2 hari yang lalu terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan pulang untuk menghadiri majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki.

Kedua-dua pasangan suami isteri ini merupakan aktivis PMIUM. Edikoup Lakip Sediyanto, mantan presiden PRO-M nasional dan Siti Rabiatul Adawiah,mantan Pengerusi Hewi terlibat dalam kemalangan itu kira-kira jam 12.35 malam tadi.

Walaubagaimanapun, keluarga kedua-dua aktivis ini selamat manakala di pihak yang lain seorang dikhabarkan cedera parah dan seorang lagi meninggal dunia.

PMIUM mengucapkan takziah kepada kedua-dua pihak yang terlibat.

Sumber : Laman sosial Facebook milik Edikoup

Ayuh, sertai Usrah GIGS PMIUM

Saturday, 6 September 2014

Akta Hasutan 1948: "Mansuh vs Pinda?" - Mohd Ammar Atan

       Perdana menteri mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional yang dilihat sudah lapuk dan mengekang kebebesan bersuara yang mana merupakan elemen penting dalam perlembagaan negara Malaysia.

       Ramai  yang berasa akta ini perlu dimansuhkan apabila melihat satu scenario yang “double standard” yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Hal ini dapat dilihat dengan isu yang melibatkan

* Utusan Malaysia mempersoalkan, "Apa lagi Cina mahu" selepas keputusan buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas. BN mendakwa kaum Cina dan pengundi bandar menyokong pembangkang selepas kerusi Parlimen Pakatan Rakyat (PR) meningkat dari 82 ke 89.

* Sebuah laman web melaporkan awal tahun ini Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru supaya Al-Kitab dibakar.

* Klip video Datuk Zulkifli Nordin (yang mempersoalkan mengapa Tuhan Hindu tidak menghentikan banjir) yang dilaporkan The Malaysian Insider pada Mac tahun lepas.

      Akta Hasutan 1948 yang digubal sejak di bawah  empayar British ini kalau sekiranya melihat pada konteks pada hari ini tidak lagi relevan, hatta British sendiri pun menghapuskan akta seperti ini. Bagi Akta Keharmonian Nasional yang akan digubal, Najib menyatakan rang undang- undang baharu itu akan bersifat lebih mendasar atau spesifik bagi membolehkan kerajaan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menyentuh isu sensitiviti rakyat Malaysia untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

       Najib juga menyatakan peruntukan baharu ini tidak akan menyekat rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran demi keadilan. Namun pemansuhan dan penggubalan rang undang-undang baharu ini perlu menyediakan ruang demokratik yang mencukupi untuk menggarap perbezaan pendapat serta persaingan idea agar rang undang-undang yang akan digubal adalah rang undang-undang yang menepati kehendak negara dan rakyat.

       Janji PM Najib seakan-akan menjadi capati bukan lagi ditepati, seperti slogan yang kerap kali berkumandang di ruang media milik kerajaan. Namun, setelah 2 tahun berlalu, janji PM belum terlaksana sehingga sekarang hatta tarikh untuk dibawa ke Parlimen pun belum boleh dipastikan.

       Apa yang ada ialah kenyataan Menteri Dalam Negeri  dan Perkasa yang menyatakan akta tersebut tidak perlu dimansuhkan  dan mengugut untuk tidak memangkah BN pada PRU akan datang sekiranya akta ini dihapuskan.

       Persoalannya, apakah fundamental isu yang hangat diperdebatkan dalam Akta Hasutan ini sehingga ada desakan supaya ia dihapuskan? Yang menjadi asas kepada pertikaian yang berlaku adalah peruntukan Seksyen 4(1) akta ini, iaitu mana-mana orang yang:

(a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut...

(b) menyebut apa-apa perkataan menghasut (c) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut; atau (d) mengimport apa-apa penerbitan menghasut...boleh didakwa di bawah Akta ini.

       Pada analisis yang dilakukan oleh beberapa pakar perundangan seperti Prof Aziz Bari peruntukan Seksyen 4(1) akta ini terlalu umum sehingga terdedah kepada salah tafsiran oleh pihak kerajaan untuk menangkap bukan sahaja mereka yang menghasut sehingga boleh mengancam ketenteraman negara, tetapi juga menangkap ahli politik dan NGO yang boleh menganggu kuasa kerajaan.

      Akta ini juga menyekat kebebasan rakyat dan masalah utama dengan akta ini ialah kerana adanya pendakwaan terpilih.

      Pendakwaan terpilih yang menjadi racun kepada negara menyedarkan masyarakat akan kebobrokan akta hasutan 1948 yang menyekat kebebasan bersuara dan juga dalam hal kebebasan akademik. Prof Madya Dr Azmi Shahrom pada baru-baru ini didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, apabila memberi sudut pandang dari dunia akademik yang pada hakikatnya tidak mencetuskan huru-hara atau kacau-bilau pada masyarakat

      Namun begitu, saya yakin keperluan negara kepada  akta pencegahan seperti ini masih ditahap yang memerlukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dalam negara, berdasarkan sruktur negara kita adalah negara yang rencam masyarakatnya dan sensitif politiknya.

      Desakan oleh pelbagai pihak mutakhir ini disebabkan oleh banyak kes apabila melibatkan kata-kata dan ucapan sensitif daripada pihak yang menyokong kerajaan, maka tindakan tidak diambil atau lambat diambil, tetapi apabila kenyataan yang sama datang daripada pihak pembangkang, maka tindakan terlalu cepat diambil.

       Sikap double standard inilah yang menyebabkan pembangkang, NGO dan masyarakat sivil yang memahami erti keadilan marah dan kecewa.

      Oleh itu, jika kerajaan bertegas untuk kekal dengan akta ini maka perlu beberapa pindaan kepada akta ini supaya jenis kesalahannya diberikan takrifan yang lebih spesifik dan adil. Dan apabila pindaan hendak dibuat, kerajaan perlulah melibatkan wakil parti pembangkang dan NGO untuk turut sama berdiskusi supaya rang undang-undang yang dipinda nanti dapat mewakili aspirasi rakyat seluruhnya.

      Sekiranya kerajaan masih bertegas untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 ini, maka perlu dijalankan beberapa pindaan yang dinyatakan di atas dan sekiranya kerajaan bertegas untuk memansuhkan maka tunaikan janji tersebut dan libatkan wakil-wakil pembangkang dan NGO supaya rang undang-undang tersebut menepati aspirasi rakyat.

      Sebagai mahasiswa dan rakyat Malaysia, menyeru kepada seluruh mahasiswa dan ahli akademik di setiap institusi pengajian  untuk kita bersolidariti pada 10 September ini pada jam 1pm-2pm di “Speaker Corner Lama” Universiti Malaya bagi bersama-sama bersolidariti terhadap pendakwaan yang dikenakan kepada Prof Madya Dr Azmi Sharom.

Pautan Asal: Malaysia Insider

Perdana menteri mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional yang dilihat sudah lapuk dan mengekang kebebesan bersuara yang mana merupakan elemen penting dalam perlembagaan negara Malaysia.
Ramai  yang berasa akta ini perlu dimansuhkan apabila melihat satu scenario yang “double standard” yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Hal ini dapat dilihat dengan isu yang melibatkan
* Utusan Malaysia mempersoalkan, "Apa lagi Cina mahu" selepas keputusan buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas. BN mendakwa kaum Cina dan pengundi bandar menyokong pembangkang selepas kerusi Parlimen Pakatan Rakyat (PR) meningkat dari 82 ke 89.

* Sebuah laman web melaporkan awal tahun ini Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru supaya Al-Kitab dibakar.  * Klip video Datuk Zulkifli Nordin (yang mempersoalkan mengapa Tuhan Hindu tidak menghentikan banjir) yang dilaporkan The Malaysian Insider pada Mac tahun lepas.

Sebagai mahasiswa dan rakyat Malaysia, menyeru kepada seluruh mahasiswa dan ahli akademik di setiap institusi pengajian  untuk kita bersolidariti pada 10 September ini pada jam 1pm-2pm di “Speaker Corner Lama” Universiti Malaya bagi bersama-sama bersolidariti terhadap pendakwaan yang dikenakan kepada Prof Madya Dr Azmi Sharom. #Solidarity4AzmiSharom. – 6 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/akta-hasutan-1948-mansuh-vs-pinda-mohamad-ammar-atan?fb_action_ids=793396857366732&fb_action_types=og.likes#sthash.7MDZzi2g.dpuf

Akta Hasutan 1948:Mantan Presiden PMIUM, dipenjara 10 bulan

      Mantan presiden PMIUM, saudara Safwan Anang dikenakan hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Seksyen dalam perbicaraan kes dibawah Akta Hasutan 1948 semalam. 

      Beliau diputuskan bersalah kerana dikatakan memberi ceramah yang mengandungi elemen hasutan. 

       Pada 29 Mei tahun lalu, Safwan Anang mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas beliau atas dakwaan memberi ucapan hasutan supaya menukar kerajaan dengan cara yang tidak sah. 

       Penangguhan perlaksanaan hukuman dibenarkan oleh mahkamah dengan ikat jamin yang mulanya berjumlah RM5,000 telah dinaikkan kepada RM15,000 ringgit. 

      Dalam pada itu, beberapa aktivis mahasiswa termasuklah PMIUM telah mengadakan satu piket untuk menyatakan bantahan terhadap Akta Hasutan 1948 kerana sudah tidak relevan dan "double standard" . 

       Beberapa figura lain termasuklah disabitkan dibawah akta ini atas kes yang berasingan. Antaranya ialah Prof Azmi Sharom yang sedang menghadapi perbicaraan kerana mengeluarkan kenyataan walaupun atas dasar kapasiti akademik.     

Mantan Presiden PMIUM, saudara Safwan Anang yang dihukum penjara 10 bulan atas akta hasutan, akhirnya berjaya diikat jamin berjumlah RM 15 000. Turut bersama beliau, Presiden PMIUM, Khairol Najib, Naib Presiden PMIUM, Zarin Maszalan, Exco Ekonomi PMIUM, Taufiqurrahman dan Presiden Pro Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin.

Thursday, 4 September 2014

Barisan Tertinggi dan Exco PMIUM sesi 14/15

Presiden PMIUM

Khairol Najib bin Hashim
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun  3

Timbalan Presiden

Sobiroh bin Mohamad Puzi
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun 3

Naib Presiden

Mohamad Zarin bin Maszalan
Akademi Pengajian Islam
Tahun 3

Setiausaha Agung

Muhammad Ayub bin Md Husni
Fakulti Kejuruteraan
Tahun 3

Bendahari Kehormat

Muhammad Khair bin Alimar Shidi
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun 3

Exco Akademik dan Intelektual

Muhammad Wafiuddin bin Rosli
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun 2

Nazifah binti Ahmad Nazri
Fakulti Bahasa dan Linguistik
Tahun 3 

Exco Dakwah dan Kebajikan

Muhammad Shareefuddin bin Jamaluddin
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun 2

Jalidah Hidayati binti Hashim
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun 3

Exco Ekonomi dan Keusahawanan

Muhammad Taufiqurrahman bin Ramli
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
Tahun 2

Nor Afifah binti Abdul Latif 
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun 3

Exco Komunikasi dan Multimedia

Amir Aiman bin Shamsul Bahrin
Fakulti Sains
Tahun 3

Rabiatul Adawiyah binti Abdul Rahman
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun 3

Exco Sukan dan Kebudayaan

Ahmad Nazrin Bin Ahmad Nasir
Pusat Sukan
Tahun 2

Siti Hawa binti Hashim
Pusat Sukan 
Tahun 2

Exco Korporat dan Antarabangsa

Muhammad Shuib bin Abdul Sukor
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun 3

Salimah binti Saari
Fakulti Pendidikan
Tahun 2

Exco Penyelidikan dan Pembangunan

Mohamad Ehwan bin Zulkeple
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun 3

Siti Zuhaila binti Abd Wahid
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun 2

Exco Politik dan Hal Ehwal Semasa

Mohamad Luqman Nul Haqim bin Zul Razali
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun 2

Anis Syafiqah binti Md Yusof
Fakulti Bahasa dan Linguistik
Tahun 2

Exco Intergrasi dan Kenegaraan

Ahmad 'Aqiel bin Abd Rahim
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun 3

Nor Afiqah binti Isa
Fakulti Sains
Tahun 3

Exco Setiausaha Kerja

Muhammad Yusri bin Ismail
Akademi Pengajian Islam (API)
Tahun 2

Kepimpinan Barisan Tertinggi dan Exco PMIUM 14/15

Barisan Tertinggi PMIUM 14/15

Barisan Tertinggi dan Exco PMIUM 14/15

Visi:                Pmium Inspirasi Bersama
Misi: 
Dakwah:        mengharmonikan dan memasyarakatkan dakwah merentasi semua lapisan
Tarbiyah:       melahirkan mahasiswa yg progresif melalui pentarbiyahan yg efektif secara kolektif
Kepimpinan: mencetak arkitek ummah
Siasah:           memacu kesatuan gerakan mahasiswa seluruh malaysia