KL : Kebocoran soalan peperiksaan UPSR baru-baru ini menjadi satu
sejarah hitam dalam dunia pendidikan negara kita.
Penangguhan beberapa kertas peperiksaan memberikan tekanan yang
hebat kepada banyak pihak terutamanya ibu bapa, murid-murid dan sekolah.
Dalam hal ini, kredibiliti dan intergriti pihak yang atasan yang
terbabit telah dipersoalkan oleh segenap lapisan masyarakat.
Sobiroh Puzi, Presiden HEWI mengatakan bahawa kejadian yang pertama
kali berlaku di negara kita sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti
pegawai yang telah dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.
Beliau juga menambah dalam kenyataannya “Kembalikan kredibiliti
ahli-ahli yang terlibat dalam karier perguruan. Jangan kerana sikap
mementingkan diri sendiri dalam keadaan ini, semua orang terpalit”.
Semalam, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengesahkan bahawa dua lagi kertas peperiksaan mengalami perkara yang sama iaitu Bahasa Tamil dan Matematik selepas Bahasa Inggeris dan Sains pada minggu lepas.
Pautan lain : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140921/dn_37/UPSR-Kertas-Bahasa-Tamil-dan-Matematik-pula-bocor
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
Sunday, 21 September 2014
Friday, 19 September 2014
Mencari titik persamaan PMIUM dan Persatuan Kristian Varsiti
KL : Satu pertemuan antara PMIUM dan PKVUM (Persatuan Kristian Varsiti) telah diadakan pada hari ini.
Pertemuan antara dua entiti besar persatuan di Universiti Malaya ini adalah bagi mencari titik persamaan dalam mencapai identiti negara bangsa Malaysia dan seterusnya melahirkan ikon-ikon mahasiswa kepada Malaysia.
Nor Afiqah Isa, Timbalan Exco Intergrasi dan Kenegaraan PMIUM berpendapat bahawa perbincangan dua hala seperti ini mampu untuk mengeratkan hubungan intergrasi antara kaum dan agama.
"Komunikasi dua hala dalam memberikan pandangan mampu untuk menimbulkan tolak ansur dan permuafakatan dalam membentuk identiti sebagai rakyat Malaysia", Nor Afiqah Isa.
Dalam pada itu, Khairol Najib Hashim, Presiden PMIUM pula menyatakan keyakinan beliau terhadap permuafakatan sebegini adalah perlu untuk sentiasa mencari titik persamaaan walaupun berbeza latar belakang.
Objektif untuk menjadikan Universiti Malaya sebagai "role model" atau tauladan kepada masyarakat luar tentang bangsa Malaysia telah disepakati dalam pertemuan ini.

![]() |
| Khairol Najib Hashim (Presiden PMIUM), A'qiel Abd Rahim ( Ketua Exco Integrasi & Kenegaraan ) dan Nor Afiqah Isa (Timb. Exco Integrasi & Kenegaraan ) |
Thursday, 18 September 2014
Mesej 'Mahasiswi Pencetus Kebangkitan Wanita' di seluruh kampus
KL : HEWI PMIUM telah mengadakan satu konvoi PROMO di sekitar kampus.
Konvoi ini yang disertai oleh beberapa sukarelawan mahasiswi PMIUM telah berjalan dengan lancar.
Beberapa tempat tumpuan dan awam telah menjadi destinasi penting 'Team HEWI' bagi memberi mesej "Mahasiswi Pencetus Kebangkitan Wanita".
Antara destinasi penting yang dituju oleh HEWI ialah "Food Junction", "Foodcourt Village", kolej-kolej kediaman dan sekitarnya.
Sobiroh Puzi, Presiden HEWI PMIUM dalam kenyataannya, " Konvoi ini diadakan adalah untuk mendedahkan dan mengajak seluruh mahasiswi Universiti Malaya menyertai program-program menarik yang telah disediakan oleh HEWI khas untuk mahasiswi".
Beliau menyambung lagi kenyataan beliau, "Program HACKS ialah antara program yang terdekat dan menarik untuk disertai".

Subscribe to:
Posts (Atom)