Monday, 4 August 2014

“Gaza menangis” : PMIUM menuntut ‘suara’ Liga-Liga Arab,OIC dan PBB

KL :     Statistik kehilangan nyawa rakyat Palestin semalam meningkat kepada 1821 orang termasuklah 401 orang kanak-kanak, 238 orang wanita dan 74 orang warga emas.

      ¾ daripada mangsa kekejaman tentera zionis adalah orang awam.

      Liga-liga Arab, OIC dan PBB antara badan-badan dunia yang berautoriti masih lagi dalam fasa berpeluk tubuh dan memandang sepi akan keganasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. 

       Khairol Najib Hashim, Presiden PMIUM menuntut agar ketiga-tiga pihak ini bangun untuk menegaskan suara pembelaan terhadap rakyat-rakyat Palestin. 

      Beliau menambah dalam kenyataanya, “Sikap berdiam diri Liga-Liga Arab,OIC dan PBB ini seolah-olah berselindung di sebalik kuasa besar yang menghalang dan hanya mengikut telunjuk. Fungsi penubuhan untuk bersuara sudah hilang ‘kuasa’.

~PMIUM Inspirasi Bersama~

No comments:

Post a Comment