Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
Tuesday, 19 August 2014
Tahukah anda? Masjid Ar-Rahman.
Masjid Ar-Rahman yang terdapat di Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur itu mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri. Penubuhan masjid ini adalah lambang satu pengorbanan dan usaha berterusan penduduk sekitarnya bersama-sama mahasiswa prihatin Universiti Malaya ketika itu.
Menyedari pada ketika itu tidak terdapat sebuah masjid di situ yang berhampiran dengan kediaman penduduk Kampung Kerinchi terutamanya dan mahasiswa Universiti Malaya untuk mereka menjalankan aktiviti keagamaan selain menunaikan kewajipan terutamanya solat Jumaat, maka satu permohonan telah diajukan ke pihak kerajaan dengan hasrat murni meminta didirikan sebuah masjid yang berhampiran dengan kawasan kediaman mereka itu.
Menurut Tan Sri Hanafiah Ahmad (bekas Pengerusi Lembaga Urusan Dan Tabung Haji) yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) ketika itu, sebuah masjid perlu didirikan di kawasann tersebut (berhampiran universiti kerana tidak ada tempat khusus bagi mahasiswa terutamanya untuk menunaikan solat jemaah terutamanya solat fardhu Jumaat dan juga solat sunat hari raya (bagi mahasiswa yang tidak dapat balik berhari raya). Ini kerana Universiti Malaya ketika itu tidak mempunyai masjidnya sendiri. Menurut beliau lagi, masjid terdekat yang berada kira-kira sebatu setengah (lebih kurang 2.5 km) dari kampus universiti, ditambah pula pada ketika itu kebanyakkan siswa universiti tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk mereka ke sana (masjid berhampiran). Keadaan ini pula ditambah dengan kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan kenderaan awam seperti bas yang terhad ketika itu.
Menyedari keadaan ini, tambah Tan Sri Hanafiah lagi, pihak PMIUM pada tahun 1961 telah mengambil kata sepakat untuk mengesyorkan kepada kerajaan supaya membina sebuah masjid di kawasan universiti. Untuk itu, pihak PMIUM dengan rasa tanggungjawab telah mengirim satu surat permohonan ke Jabatan Perdana Menteri.
Pada mulanya, penduduk kampung telah mencadangkan pembinaan masjid tersebut di belakang bangunan Flat Uda, Kampung Kerinchi (tapak Balai Polis Jalan Pantai sekarang) kerana berhampiran dengan kediaman mereka. Kemudiannya, Tunku Abdul Rahman telah membuat satu cadangan balas agar masjid yang akan dibina itu didirikan di Jalan Pantai Baru di atas tanah kepunyaan Universiti Malaya. Beliau menambah sesungguhnya ia bukan sahaja berhampiran dengan kediaman penduduk di situ, tetapi juga suatu kemudahan kepada para penuntut universiti tersebut untuk turut sama menggunakannya. Cadangan daripada Tunku Abdul Rahman itu telah disambut baik oleh semua pihak.
Tunku Abdul Rahman Pada tahun 1962, Masjid Ar-Rahman telah mula dibina. Tunku Abdul Rahman telah diberi penghormatan meletakkan batu asas pembinaan masjid itu pada 6 November 1962. Pembinaan masjid ini mengambil masa lebih kurang setahun untuk disiapkan dengan jumlah perbelanjaan kira-kira RM 400.000 (suatu jumlah yang besar pada ketika itu).
Tanggal 23.08.1963, masjid yang mampu menampung sehingga 700 jemaah itu dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Agong ketika itu, D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail. Menurut Tan Sri Hanafiah lagi, “Ketika saat masjid ini dirasmikan, seluruh ahli PMIUM telah menitiskan air mata kerana Masjid Ar-Rahman sekurang-kurangnya menjadi suatu lambang usaha suci mahasiswa ketika itu.” Setelah ia dirasmikan, Tunku Abdul Rahman bersama-sama dengan Prof. Diraja Ungku Aziz telah berbincang dan bersetuju untuk meletakkan pentadbiran Masjid Ar-Rahman di bawah pengurusan pihak Universiti Malaya.
Masjid tersebut bukan sahaja menjadi lambang perpaduan penuntut-penuntut Universiti Malaya, tetapi juga umat Islam sekitarnya termasuklah juga penuntut dari Institut Perguruan Bahasa Melayu (IPBM) yang sekarang menjadi (IPGM) dan juga Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA) yang terletak bersebelahan. Selain itu, ia juga telah menjadi tumpuan di kalangan kakitangan-kakitangan kerajaan mahupun swasta yang banyak terdapat di situ untuk menunaikan ibadah khususnya solat Jumaat.
Suatu yang istimewa lagi, masjid ini telah menjadi tempat persinggahan di kalangan musafir dari seluruh negara sebelum menuju ke destinasi yang dituju. Ianya juga menjadi tempat persinggahan untuk ibu bapa yang hendak menghantar anak-anak mereka masuk ke Universiti Malaya. Hal ini disebabkan oleh kedudukannya yang begitu strategik dan bersebelahan dengan pintu masuk utama Universiti Malaya dari arah Pantai Baru serta mudah untuk dikunjungi sama ada mereka datang dari utara mahupun selatan.
Masjid Ar-Rahman ini pada mulanya dikenali sebagai Masjid Universiti Tanah Melayu. Tidak berapa lama selepas itu, barulah ia ditukar pada nama seperti mana sekarang. Ar-Rahman adalah salah satu daripada nama-nama Allah s.w.t. yang bermaksud “Yang Maha Pengasih atau Penyayang”. Namun demikian, Ar-Rahman yang dinisbahkan ke atas masjid ini adalah bersempena dengan nama Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj yang merupakan pengasas yang memainkan peranan yang sangat besar dalam usaha penubuhannya. Pada masa itu, penduduk-penduduk dari kira-kira 15 buah kariah atau kampung yang hadir ke Masjid Ar-Rahman untuk solat berjemaah disitu.
Pada tahun 1988, Masjid Ar-Rahman itu telah dibaikpulih serta dinaiktaraf dengan kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mana telah menanggung segala kos baik pulih dan naiktaraf tersebut. Sebaik sahaja usaha-usaha tersebut selesai, pihak JAWI telah mengambil alih pentadbiran masjid tersebut daripada Universiti Malaya dan terus kekal sehingga hari ini.
Monday, 18 August 2014
Sejarah PMIUM
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya atau akronimnya PMIUM telah ditubuhkan pada tahun 1956. Penubuhan PMIUM adalah hasil inisiatif Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang mahasiswa Islam di Universiti Malaya, Singapura (kini dikenali sebagai National University of Singapura).
Paradigma rata-rata mahasiswa Islam khususnya mahasiswa Melayu sendiri lebih dipengaruhi oleh ideologi sosialisme dan nasionalisme ekstrim. Bertitik tolak pada hakikat ini, Syed Muhammad Naquib al-Attas telah melakukan suatu ijtihad dengan menubuhkan PMIUM demi menggerakkan idea 'faham Islam' dalam lapangan umat kampus dan nasional.
Biarpun PMIUM pada peringkat awal kurang didekati oleh mahasiswa Melayu, namun setelah sedekad usia penubuhannya, ia mula memperlihatkan suatu pola gerakan dinamik dan menjadi sebuah badan dakwah yang sangat aktif dalam mendepani arus massa.
Kini, PMIUM terus melangkah setapak kehadapan dengan visinya yang baru iaitu "PMIUM inspirasi bersama" dibawah kepimpinan Khairol Najib bin Hashim.
Sunday, 17 August 2014
Jualan Baju PMIUM (Inspirasi Bersama)
Tempahan tshirt rasmi PMIUM kini dibuka..!
Material:
-Tshirt lengan pendek: kain jersey
-Tshirt labuh: kain cotton
Jom beli sebagai lambang tanda sokongan anda kepada PMIUM
Tshirt lengan pendek: "IT'S NOT THE EYES THAT ARE BLIND BUT IT'S THE HEART" 22:46
Tshirt labuh: HIJAB ISN'T JUST WHAT YOU'RE WEARING BUT IT'S ALSO WHAT YOU DO AND WHAT YOU SAY"
Untuk Tempahan boleh hubungi pada nombor yang tertera
Erfan Razeeq: 019-238 2283
Aisyah Latif: 013-302 8479
atau
isi dalam borang di google doc:https://docs.google.com/
Tahukah Anda ? Prof. Diraja Ungku Aziz
#PMIUM Inspirasi Bersama
Selamat Berorientasi buat semua Freshies UM, Jom kenali Universiti Malaya dengan lebih dekat~
#1September
YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan. Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.
Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun. Beliau juga merupakan Naib Canselor yang sangat disegani, memimpin Universiti Malaya dengan cara beliau sendiri, sehingga Universiti Malaya menjadi universiti yang terkenal dan ikutan kepada institusi pengajian tinggi di dalam dan luar Negara
#1September
YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan. Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.
Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun. Beliau juga merupakan Naib Canselor yang sangat disegani, memimpin Universiti Malaya dengan cara beliau sendiri, sehingga Universiti Malaya menjadi universiti yang terkenal dan ikutan kepada institusi pengajian tinggi di dalam dan luar Negara
Saturday, 16 August 2014
KENYATAAN TERBUKA PMIUM KEPADA PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) MENJELANG 17 OGOS
Saya Khairol Najib selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menggesa agar PAS bangun daripada tidur dan membuat keputusan yang memihak kepada konsensus Pakatan Rakyat yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor.
Saya juga menasihatkan agar PAS perlu lebih proaktif dalam mengendalikan krisis dengan membuat pendirian yang cepat dan menepati konteksnya demi survival politik PAS di Malaysia.
Realitinya, tindakan 30 Adun menyokong Dr Wan Azizah selaku menteri besar yang baru, menunjukkan tiada lagi alasan untuk PAS terus menyokong Khalid. Hal ini merujuk kepada Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan dan bagi menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat Selangor.
Tindakan ini sangat penting bagi mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas dan bukannya kepada "kerajaan Khalid".
Saya mengingatkan, agar PAS tidak mudah timbul tenggelam dengan krisis kedudukan Khalid dan mengorbankan prinsip yang lebih penting, nama baik, akhlak politik dan amanahnya atas nama PR yang ia perolehi daripada rakyat Selangor.
Oleh itu, saya juga berharap agar pimpinan PAS membuat keputusan yang benar-benar rasional pada 17 Ogos ini berdasarkan hujah dan timbang tara yang masak dengan membuat keputusan untuk terus kekal bersama pakatan yang telah dibina oleh PAS bersama rakan-rakan poitiknya selama ini dalam memperjuangkan masa depan rakyat Malaysia yang lebih cerah.
Khairol Najib Hashim
Presiden PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya)
Wednesday, 13 August 2014
Tahniah & Selamat Datang Mahasiswa/i Baru
Barisan kepimpinan PMIUM mengucapkan sekalung tahniah dan ucapan selamat datang buat bakal Mahasiswa yang berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Malaya(UM) bagi kemasukan sesi baru 2014/2015.
Universiti adalah medan untuk menuntut ilmu dan menimba pengalaman-pengalaman baru yang semestinya berbeza dari alam persekolahan, asasi, matrik mahupun diploma. Jadikan setiap detik anda di UM sebagai satu lakaran bersejarah yang terindah sepanjang hidup anda dengan cemerlang dari semua aspek, baik dari segi akademik mahupun ko-kurikulum.
Pasakkan azam dan halakan matlamat baru supaya ia menjadi pendorong kepada anda untuk terus mencipta kecemerlangan di UM.
Akhir kata,jadilah Mahasiswa yang cerdik hati dan minda, produktif dan berguna kepada varsiti tercinta,Universiti Malaya.
PMIUM Inspirasi Bersama
Thursday, 7 August 2014
Kalam Exco PMIUM : Jangan Ketepikan Adab Dalam Memboikot
Isu pembedilan Israel terhadap Palestin dipandang berat oleh seluruh dunia termasuk Malaysia sendiri. Oleh itu, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh orang persendirian, NGO malah parti politik termasuklah mengadakan kempen memboikot Mc Donald yang menyumbangkan sebahagian dari keuntungannya kepada pihak Israel.
Namun,usaha yang baik ini telah dicemari dan dikotori oleh sikap segelintir penyokong kempen yang bukan sahaja menghina malah mencaci pekerja-pekerja restoren makanan segera tersebut.
Saya melihat perkara ini sebagai satu perbuatan yang tidak bermoral dan melanggari tatasusila. Penyokong-penyokong kempen boikot Mc Donald ini sepatutnya menjaga adab dan perlakuan mereka supaya usaha baik yang mereka laksanakan tidak dipandang buruk dan memberi imej yang kurang cantik kepada negara.
Diharapkan perkara seperti ini tidak lagi berulang dan usaha-usaha yang baik seperti memboikot Mc Donald ini terus dilaksanakan sebagai desakan kepada pihak Israel agar menghentikan perbuatan mereka yang tidak berperikemanusiaan ini.
Mohd Taufiqurrahman bin Ramli,
Ketua Exco Ekonomi & Keusahawanan
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Monday, 4 August 2014
“Gaza menangis” : PMIUM menuntut ‘suara’ Liga-Liga Arab,OIC dan PBB
KL : Statistik kehilangan nyawa rakyat Palestin semalam meningkat kepada
1821 orang termasuklah 401 orang kanak-kanak, 238 orang wanita dan 74
orang warga emas.
¾ daripada mangsa kekejaman tentera zionis adalah orang awam.
Liga-liga Arab, OIC dan PBB antara badan-badan dunia yang berautoriti masih lagi dalam fasa berpeluk tubuh dan memandang sepi akan keganasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Khairol Najib Hashim, Presiden PMIUM menuntut agar ketiga-tiga pihak ini bangun untuk menegaskan suara pembelaan terhadap rakyat-rakyat Palestin.
Beliau menambah dalam kenyataanya, “Sikap berdiam diri Liga-Liga Arab,OIC dan PBB ini seolah-olah berselindung di sebalik kuasa besar yang menghalang dan hanya mengikut telunjuk. Fungsi penubuhan untuk bersuara sudah hilang ‘kuasa’.
~PMIUM Inspirasi Bersama~
¾ daripada mangsa kekejaman tentera zionis adalah orang awam.
Liga-liga Arab, OIC dan PBB antara badan-badan dunia yang berautoriti masih lagi dalam fasa berpeluk tubuh dan memandang sepi akan keganasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Khairol Najib Hashim, Presiden PMIUM menuntut agar ketiga-tiga pihak ini bangun untuk menegaskan suara pembelaan terhadap rakyat-rakyat Palestin.
Beliau menambah dalam kenyataanya, “Sikap berdiam diri Liga-Liga Arab,OIC dan PBB ini seolah-olah berselindung di sebalik kuasa besar yang menghalang dan hanya mengikut telunjuk. Fungsi penubuhan untuk bersuara sudah hilang ‘kuasa’.
~PMIUM Inspirasi Bersama~
Saturday, 2 August 2014
Malaysia sebagai propaganda Israel - Pengerusi Hewi
Malaysia dikejutkan dengan isu "Malaysia sebagai tempat latihan ketenteraan Hamas di Palestin".
Sebuah portal rasmi milik Israel telah memuatnaik sebuah artikel yang mengatakan bahawa Malaysia menjadi tempat latihan ketenteraan Hamas.
Menurut artikel tersebut, maklumat itu diperoleh daripada salah seorang tentera Hamas berdasarkan risikan yang telah dilakukan oleh pihak Israel.
Pengerusi Hewi PMIUM, saudari Sobiroh Puzi menyelar tuduhan yang dikeluarkan oleh pihak Israel terhadap Malaysia adalah tidak berasas dan mempunyai agenda tertentu.
"Tuduhan Israel terhadap Malaysia adalah tidak berasas dan ianya adalah salah satu daripada propaganda Israel untuk mengalihkan perhatian dunia yang sedang melihat penderitaan rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel", katanya.
Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa Israel mengadakan-adakan cerita yang tiada memandangkan Malaysia adalah negara yang lantang menentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel.
Malaysia juga antara negara yang tidak mengiktiraf negara Israel.
~PMIUM Inspirasi Bersama~
Piket Aman "Selamatkan Anak-anak Gaza" berjalan lancar.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ini-bukan-perang-ini-pembunuhan-kaum-1.304339 |
KL: Piket aman "Selamatkan Anak-Anak Gaza" berlangsung petang semalam berjalan dengan lancar.
Piket yang dianjurkan oleh Viva Palestin Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif ini telah dihadiri oleh ribuan rakyat Malaysia bagi menunjukkan solidariti ke atas kesengsaraan yang sememangnya dihadapi oleh rakyat Palestin.
Antara peserta yang turut sama hadir ialah Timbalan Exco Penerbitan dan Komunikasi, Rabiatul Adawiyah bt Abdul Rahman.
"Kehadiran rakyat Malaysia pada hari ini telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah faham dan cakna akan isu Palestin", katanya.
Beliau juga menyeru kepada rakyat Malaysia agar meneruskan usaha 'boikot barangan Israel' yang semakin menampakkan hasil.
~PMIUM Inspirasi Bersama~
Antara peserta yang turut sama hadir ialah Timbalan Exco Penerbitan dan Komunikasi, Rabiatul Adawiyah bt Abdul Rahman.
"Kehadiran rakyat Malaysia pada hari ini telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah faham dan cakna akan isu Palestin", katanya.
Beliau juga menyeru kepada rakyat Malaysia agar meneruskan usaha 'boikot barangan Israel' yang semakin menampakkan hasil.
~PMIUM Inspirasi Bersama~
Subscribe to:
Posts (Atom)